MODUL SAYA

Mari saya kongsikan beberapa modul ya.Tetapi modul ini dibuat untuk murid-murid di kawasan pedalaman. Cikgu-cikgu boleh jadikan panduan dan pilih mengikut aras murid-murid.



Bidang
:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:
Membina Matlamat  - Hungga-hungga..

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1)    Menentukan  matlamat hidup yang jelas dan bagaimana mencapainya
2)    Menyedari  bahawa usaha tanpa matlamat adalah kerja yang  kerja sia-sia
Masa
:
30  Minit
Sasaran
:
Tahun 3
Bahan
:
Kon, wisel

Langkah-langkah

:

1)    Guru Bimbingan membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
2)    Dua orang Guru Bimbingan akan berdiri di tempat yang berasingan.
3)    Guru Bimbingan mengarahkan peserta kumpulan 1bersedia manakala kumpulan 2 menonton.
4)    Guru Bimbingan memaklumkan bahawa penamat adalah di antara 2 orang Guru Bimbingan yang berada di tempat berasingan.
5)    Guru Bimbingan memberi arahan “mula” dengan meniup wisel tanpa memberi  tahu di manakah garisan permulaan dan garisan penamat acara tersebut.
6)    Guru Bimbingan  sengaja mengelirukan peserta dengan mengubah tempat mereka berdiri atau menafikan tempat adanya penamat atau permulaan sambil ketiga-tiga Guru Bimbingan tersebut memberi arahan bermula lari kepada peserta. Ini bertujuan untuk mengelirukan peserta tentang garisan permulaan dan penamat acara lumba lari.


7)    Guru Bimbingan mengarahkan kumpulan 2 bersedia dengan acara lumba lari dengan memberikan garisan permulaan dan penamat.
8)    Membuat refleksi setelah selesai aktiviti.

Penilaian

:

Melalui refleksi  peserta pada akhir aktiviti.

Rumusan

:

1)    Hidup mesti ada matlamat.
2)    Perlu berusaha untuk mencapai matlamat.

Falsafah

:

Matlamat menentukan siapa kita pada masa hadapan.



Bidang
:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:
Membina Matlamat  - Mengapa saya datang ke sekolah?    

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Menyedari pentingnya datang sekolah.
2.    Bersemangat datang ke sekolah.
Masa
:
30  Minit
Sasaran
:
Tahun 3
Bahan
:
Pensel, Pensel warna, kertas edaran ‘ Perjalanan ke sekolah.

Langkah-langkah

:

1)    Guru Bimbingan menyuruh pelajar berfikir seketika tentang aktiviti yang mereka suka semasa di sekolah.
2)    Guru Bimbingan bertanya kepada pelajar faktor-faktor/sebab mengapa mereka datang ke sekolah.Guru Bimbingan juga bertanya apa yang mereka “missed out” jika tidak datang ke sekolah.
3)    Guru Bimbingan mengedarkan jadual harian untuk bulan tersebut dan menyuruh pelajar “tick” hari-hari yang mereka tidak hadir . Bilang dan lihat siapa yang paling kerap tidak hadir.
4)    Membuat refleksi dan mengaitkan aktiviti ‘Hungga-hungga dengan aktiviti ini.

Penilaian

:

Melalui refleksi  peserta pada akhir aktiviti

Rumusan

:

1.    Apabila membuat sesuatu, kita mesti tahu apa matlamat dan sasaran kita.

Falsafah

:

1)    Untuk melaksanakan sesuatu tugasan semestinya kita mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.
2)    Apabila kita ada matlamat yang jelas, ini akan memudahkan kita mencapai sasarannya.




Bidang
:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:

Membina Matlamat  - Perjalanan Hidupku

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Peserta dapat menggambarkan diri mereka pada masa akan  datang .
2.    Peserta mengetahui cita-cita mereka atau apa yang ingin mereka lakukan pada masa akan datang.
3.    Peserta dapat membina matlamat yang jelas melalui lukisan yang dihasilkan.
4.    Kesedaran tentang kepentingan usaha dalam mencapai
kejayaan

Masa
:
30 minit

Sasaran
:
Tahun 3

Bahan
:
Pensel, pensel warna dan kertas edaran ’ Perjalanan Hidupku”


Langkah-langkah

:

1.      Guru Bimbingan mengedarkan kertas edaran “ Perjalanan Hidupku” kepada setiap peserta
2.      Guru Bimbingan memberi arahan kepada mereka untuk menyambung lukisan tersebut dengan melukis gambar diri sendiri pada masa depan pada setiap petak kosong. Peserta digalakkan menulis catatan pada setiap petak yang dilukis contohnya apa yang akan mereka ingin buat pada masa depan pada petak-petak kosong yang seterusnya
3.      Guru Bimbingan mengarahkan setiap pelajar untuk membentangkan apa yang dimaksudkan di sebalik lukisan yang dihasilkan oleh mereka
4.      Guru Bimbingan akan mengaitkan aktiviti dengan matlamat dan hala tuju hidup mereka dalam aktiviti perbincangan
5.       Guru Bimbingan mengarahkan peserta membuat refleksi tentang aktiviti yang dijalankan

Penilaian

:

Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh murid.

Rumusan

:

1.    Dapat membina matlamat dalam diri murid
2.    Dapat membentuk kerjasama antara murid.
3.    Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan melakukan aktiviti dengan baik.
4.    Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat tersebut

Falsafah

:

1.    Sedar akan matlamat hidup untuk mencapai kejayaan hidup
2.    Setiap fasa hidup itu penting sebagai asas kejayaan hidup
3.    Perlu tabah dan gigih untuk mencapai matlamat hidup



Bidang
:
Pembangunan Diri Murid

Tajuk

:

Murid Membina Matlamat  - Mencari Matlamat Hidup

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas
2.    Dapat membina cita-cita dan wawasan diri
3.    Mengetahui cara bagaimana mencapai cita-cita melalui komen membina oleh peserta lain
4.    Mensyukuri Tuhan kerana memberikan peluang untuk membuka minda bagaimana menuju ke arah kejayaan
5.    Dapat membina kejayaan diri sebaik mungkin.
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Tahun 3
Bahan
:
Pen berwarna dan kertas A4

Langkah-langkah

:

Set Induksi:

1.    Guru Bimbingan meminta murid-murid duduk dalam bentuk ladam kuda
2.    Guru Bimbingan mula mengedarkan sekeping kertas dan pen berwarna  kepada setiap peserta
3.    Guru Bimbingan meminta peserta menuliskan cita-cita atau apa yang mereka ingin capai pada masa akan datang tanpa menulis nama. Sebagai contoh menjadi seorang guru, menjadi ketua kampung, memiliki rumah besar dan sebagainya
4.    Guru Bimbingan akan mengumpul kertas yang telah siap ditulis  dan  memasukkannya ke dalam kotak.
5.    Guru Bimbingan akan memilih peserta secara rawak dan meminta peserta tersebut mengambil kertas secara rawak di dalam kotak.
-  Perlu dipastikan kertas tersebut bukan milik sendiri.

6.    Guru Bimbingan meminta peserta membacakan apa yang tercatat di dalam kertas yang diambil dan memberikan pandangan terhadap catatan tersebut. Peserta lain juga diminta untuk memberikan pendapat tentang catatan itu.  
( perbincangan berkisar kepada bagaimana cara untuk mencapai cita-cita tersebut )
7.   Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan tentang  kepentingan membina matlamat dalam hidup
8.   Setiap peserta diminta berada dalam bentuk ladam kuda dan memberikan refleksi tentang aktiviti yang dijalankan
9.   Guru Bimbingan memberikan objektif di akhir aktiviti

Penilaian

:

Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh murid

Rumusan

:

1.    Dapat membina matlamat dalam diri murid
2.    Dapat membentuk kerjasama antara murid.
3.    Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan melakukan aktiviti dengan baik.
4.    Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat tersebut
5.    Murid dapat memahami dengan lebih mendalam bagi mencapai cita-cita
6.    Perlunya cita-cita itu dicapai dengan membina matlamat yang betul oleh murid-murid

Falsafah

:

1.    Setiap orang mesti ada matlamat hidup, iaitu menjadi apa pada masa akan datang
2.    Orang yang tiada cita-cita/matlamat sama seperti sebuah kapal ditengah lautan yang tidak tahu ke mana hala tujunya
3.    Setiap cita-cita mesti disertakan dengan usaha yang gigih untuk mencapainya



Bidang
:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:
Membina Matlamat  - Ekspresi muka

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Murid dapat mengenali diri dan perasaan mereka terhadap sekolah.
2.    Murid mengetahui tujuan sebenar ke sekolah.
3.     Murid menyedari kepentingan menimba ilmu tanpa jemu demi masa depan.

Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Tahun 3
Bahan
:
Kertas edaran, pen

Langkah-langkah

:

1.    Guru Bimbingan mengedarkan kertas edaran yang telah siap dilukis sebuah bangunan sekolah dan 5 orang pelajar yang tidak ada mata,hidung dan mulut kepada peserta.
2.    Guru Bimbingan memberi arahan kepada pelajar untuk melukis eksperesi muka pelajar yang berada disekolah tersebut.
3.    Setiap peserta diminta memberikan refleksi tentang apa yang menyebabkan mereka melukis eksperesi tersebut.
4.    Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan kepada kepentingan sekolah dan cuba menukarkan perasaan negatif kepada perasaan positif.


Penilaian

:

Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid

Rumusan

:


1.    Murid dapat mengenali diri mereka dan perasaan mereka tehadap sekolah dengan baik.
2.    Murid sedar kepentingan ilmu dan kelebihan ilmu demi untuk masa depan mereka.
3.    Murid sedar tujuan sebenar mereka ke sekolah



Bidang
:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:
Membina Matlamat  - Sekolah idamanku

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-

1.    Peserta dapat mengetahui dengan jelas tujuan mereka ke sekolah setiap hari
2.    Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.
Masa
:
30  minit
Sasaran
:
Tahun 3
Bahan
:
Manila kad, pensil warna

Langkah-langkah

:

1.    Guru Bimbingan membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
2.    Guru Bimbingan mengedarkan kertas manila kad kepada setiap kumpulan.
3.    Peserta diberi arahan untuk menyenaraikan apa yang mereka suka tentang sekolah.
4.    Selepas itu Guru Bimbingan akan memberi arahan kepada peserta untuk melukis dan mewarnakan gambar sekolah idaman mereka.
5.    Guru Bimbingan mengarahkan setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan gambar serta isi yang ditulis.Peserta lain diminta memberikan maklum balas .
6.      Guru Bimbingan menerangkan tentang matlamat sebenar mengapa murid harus kesekolah.

Penilaian

:

Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid

Rumusan

:

1.    Murid sedar akan kepentingan perlunya ada matlamat untuk mencapai kejayaan samaada dalam pelajaran atau sebaliknya.
2.    Pelajar mengetahui dengan jelas tujuan sebenar kesekolah

Falsafah

:

1.    Sekolahku syurgaku menanam minat dan keseronokan dalam diri pelajar.
2.    Ada daya penarik (penanda aras) mendorong kehadiran kesekolah.
3.    Pelajar perlu roalistik dan menyemaikan diri.




Bidang

:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:
 Membina matlamat  - Cari-cari

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-

1.    Menyedarkan peserta mengenai kesukaran yang dihadapi apabila tidak mempunyai arah tujuan yang jelas dalam hidup.
2.    Menyedarkan tentang kepentingan matlamat dalam kehidupan.
3.    Mengeratkan semangat kerjasama berpasukan.
4.    Bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pancaindera yang sempurna.

Masa
:
30 minit

Sasaran
:
Tahun 3

Bahan
:
Kain/skaf untuk menutup mata


Langkah-langkah

:

Set Induksi:

1.    Guru Bimbingan membahagikan peserta kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid.
2.    Guru Bimbingan mengarahkan setiap kumpulan memilih ketua masing-masing.
3.    Semua peserta kecuali ketua kumpulan diarah untuk menutup mata dengan menggunakan kain.
4.    Keempat-empat ketua akan disuruh berdiri di tempat tertentu dan tidak boleh mengeluarkan suara dan hanya boleh tepuk tangan sahaja.
5.    Selepas mata ditutup, Guru Bimbingan mengarahkan peserta mencari ketua kumpulan masing-masing mengikut bunyi tepukan sahaja.
6.    Guru Bimbingan mengarahkan peserta yang bertutup mata mencari ketua kumpulan mereka masing-masing. Masa yang diberikan hanya 5 minit untuk mencari ketua masing-masing.
7.    Guru Bimbingan boleh menganggu perhatian peserta.
8.    Guru Bimbingan mengarahkan semua ahli kumpulan membuka mata dan lihat adakah ketua yang mereka cari merupakan ketua kumpulan mereka.
9.    Semua peserta kembali dalam kumpulan masing-masing. Guru Bimbingan memberikan note yang ditulis jenis haiwan kepada ketua kumpulan.
10. Setiap kumpulan diarahkan membunyikan jenis haiwan masing-masing apabila peserta mencari ketua kumpulan mereka.
11. Guru Bimbingan meminta peserta memberikan refleksi terhadap kedua-dua aktiviti.
12. Guru Bimbingan mengaitkanaktiviti dengan kepentingan untuk menumpukan perhatian ( berfokus kepada matlamat analisis terhadap apa yang didengar.

Penilaian

:

Melalui jawapan lisan yang diberikan oleh murid


Rumusan

:

1.    Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu mengenalpasti mata pelajaran yang akan dipelajari.
2.    Dapat membentuk kerjasama antara murid.
3.    Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan mendengar dengan baik.

Falsafah

:

1.    Dapat membina matlamat seseorang murid yang mana sedang mencari tujuan hidupnya.
2.    Jika tiada matlamat hidup, seseorang itu akan ketinggalan dan tidak tahu hala tujunya.
Bidang
:
Pembangunan Diri Murid
Tajuk
:
Membina Matlamat  - Dragon Ball

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-

1.    Menyedarkan peserta mengenai kegagalan dihadapi apabila tidak mempunyai arah tujuan yang jelas dalam hidup.
2.    Menyedarkan tentang kepentingan matlamat dalam kehidupan.
3.    Bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pancaindera yang sempurna.        
Masa

30 minit

Sasaran
:
Tahun 3

Bahan
:
Bola ( sebiji setiap kumpulan ), Kon


Langkah-langkah

:

Set Induksi:

1.    Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji bola dan satu objek sebagai penanda.
2.    Guru Bimbingan mengarahkan peserta membuat satu bulatan besar.
3.    Guru Bimbingan meletakkan kon sebagai matlamat di tengah-tengah bulatan. Jarak sekurang-kurangnya 5 meter daripada peserta.
4.    Guru Bimbingan meminta seseorang peserta memulakan permaian ini dengan menutup mata peserta tersebut. Peserta lain diarah memerhatikan aktiviti ini tanpa memberikan komen atau maklumat kepadanya.
5.    Guru Bimbingan mengarahkan seseorang peserta mengalihkan objek tersebut selepas peserta menutup mata.
6.    Guru Bimbingan memusingkan peserta yang menutup mata beberapa kali sebelum  menyerahkan sebiji bola kepadanya.
7.    Guru Bimbingan mengarahkan peserta tersebut melo
Bidang
:

Akademik
Tajuk
:
Kapal Layarku

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

Mengukuhkan daya ingatan pelajar berdasarkan arahan / strategi daripada Guru Bimbingan

Masa
:
60 Minit
Sasaran
:
Tahun 2
Bahan
:
Kertas  warna  A4

Langkah-langkah

:

1.    Setiap murid diagihkan dua helai kertas A4 yang berlainan warna.
2.    Guru Bimbingan mengarahkan murid-murid melihat/ membentuk sehelai kertas menjadi kapal layar/ motorboat dengan kreativiti mereka sendiri tanpa bantuan guru.
3.    Seterusnya Guru Bimbingan mengarah murid melipat kertas yang sehelai lagi mengikut strategi dari guru.
4.    Murid akan diuji mengingat strategi tersebut berdasarkan arahan Guru Bimbingan akan membandingkan kedua-dua hasil yang telah mereka buat.
5.    Kemudian, Guru Bimbingan mengarahkan murid-murid menggunakan teknik penyusunan yang betul untuk menyusun strategi dan mengingatkan cara membuat kapal mengikut cara yang betul.


Penilaian

:

Memerlukan kemahiran mengingat dan memberi perhatian kepada Guru Bimbingan.


Rumusan

:

1.    Penyusunan isi atau langkah-langkah yang betul akan meningkatkan proses daya ingatan.
2.    Susun isi mengikut keutamaan.


Falsafah

:

1.    Memberi perhatian dan focus kepada ketua
2.    Membina kekuatan daya ingatan

Bidang
:

Akademik
Tajuk
:
Kek Hari Jadi

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

1.    Memperingati tarikh lahir mereka.
2.    Menguji daya ingatan dan berfikir dengan aktif
Masa

:
25 Minit
Sasaran

:
Tahun 4
Bahan

:
Gambar sebiji kek atau sebiji kek yang betul.

Langkah-langkah

:

1)    Guru Bimbingan meminta ahli mengambarkan bahawa sebiji kek hari jadi telah dihadiahkan kepadanya. Ceritakan bahawa terdapat lapan orang rakan bersamanya dan dia perlu memotong kek itu kepada lapan bahagian dengan hanya empat kali potong sahaja.
2)    Guru Bimbingan akan memberikan alternatif bagaimana untuk membuat pembahagian yang betul serta teknik mengingat. Murid boleh memilih cara yang disukai.Contohnya :-
                i.        Potong dua melintang. Hasilnya dua keping kek yang besar. Kemudian potong daripada atas dua kali sehingga menjadi ¼. Hasil lapan kek  atau
              ii.        Potong sekali daripada atas ke bawah. Jadi dua keping. Angkat sebelah naikkan ke atas kek yang sebelah lagi. Potong dua, jadi empat keping. Angkat sebelah empat keping naikkan ke atas dan potong, jadi lapan keping.
             iii.        Potong bulat ditengah (jadi dua keping kek berbentuk bulat, satu kecil dan satu lagi besar dengan ruang kosong di bahagian tengah). Kemudian potong empat daripada atas.
3)    Guru Bimbingan akan mempraktikkan kaedah dengan penggunaan sistem gambar.
4)    Murid diminta mengaitkan maklumat tersebut dengan gambar.
5)    Gambar jawapan kepada strategi kek dipotong dilukis
6)    Hafal maklumat atau strategi tersebut beserta bayangan gambar yang dipilih.


Penilaian

:

Memerlukan kemahiran mengambarkan, mengingat dan hafalan.

Rumusan

:

1.    Penemuan kepada sesuatu jalan penyelesaian masalah akan dapat meningkatkan ingatan terhadap sesuatu fakta pembelajaran.
2.    Terdapat banyak pilihan untuk mengingat sesuatu fakta pembelajaran jika kita mempunyai pemikiran yang aktif dan kreatif.


Falsafah

:

1.    Menggunakan kekreatifan untuk menyelesaikan masalah.
2.    Membina teknik menghafal, mengingat dan kefahaman tentang sesuatu perkara
ntar bola kea rah objek penanda setepat yang mungkin tanpa meminta bantuan.
8.    Guru Bimbingan meminta peserta lain mencuba aktiviti ini. Objek penanda haruslah diubah kedudukannya setiap kali peserta bertukar.
9.    Guru Bimbingan mengulang aktiviti melontar bola ke arah objek tetapi tanpa menutup mata.
10. Guru Bimbingan meminta maklum balas dari beberapa orang peserta.
11. Guru Bimbingan mengaitkan kegagalan mengenai sasaran ketika melontar bola dengan menutup mata sebagai perbuatan orang yang sia-sia kerana tidak tahu matlamatnya. Kejayaan adalah berkaitan dengan kejayaan melontar bola dengan tepat kearah objek sebagai matlamatnya, menunjukkan matlamat adalah penting dalam mencapai sesuatu kejayaan.


Penilaian

:

Melalui jawapan lisan yang diberikan oleh murid


Rumusan

:

1.    Peserta perlu tahu matlamat hidup yang jelas dan bagaimana mencapainya.
2.    Usaha tanpa matlamat adalah kerja yang sia-sia

Falsafah

:

Setiap orang mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan berpegang kepada prinsip hidup masing-masing.


Bidang
:

Akademik
Tajuk
:
Menghormati orang lain (rangkaian komunikasi)

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

1.    Mengukuhkan daya ingatan dan mewujudkan nilai murni
2.    Menghormati orang lain.
Masa
:
60 Minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Kad imbasan (puzzle)

Langkah-langkah

:

1)    Guru Bimbingan menunjukkan kad imbasan dan meminta murid menyebut berulang-ulang melalui penggunaan sistem irama.
2)    Guru Bimbingan mengedarkan sampul yang mengandungi keratan yang mengandungi  ‘puzzle’
3)    Murid mencantumkan keratan-keratan tersebut supaya menjadi rangkaikata yang sopan
4)    Murid diberi kebebasan memilih lagu dari artis yang mereka gemari
5)    Murid-murid akan menyebut perkataan-perkataan yang dihasilkan beriringan dengan lagu kegemaran mereka.
6)    Murid akan kemudian akan membina atau menukar ayat bersama isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
7)    Guru Bimbingan meminta murid mengingati kembali perkataan tersebut dan meminta pendapat murid-murid bilakah perkataan/rangkaikata ini sesuai digunakan
8)    Guru Bimbingan meminta murid berlakon dengan menggunakan rangkaikata 1 perkataan tersebut dengan bimbingan Guru Bimbingan menggunakan teknik sistem irama untuk mengingati kad imbasan tersebut semula.

Penilaian

:

Memerlukan kerjasama kumpulan, menyebut berulang-ulang, mengingat ,menyanyi dan berlakon.

Rumusan

:

1.    Pembelajaran yang menggunakan kaedah dan teknik yang menarik akan memudahkan lagi fakta yang ingin diingati
2.    Mencipta irama sendiri juga sangat efektif dalam proses mengingat fakta.

Falsafah

:

1.    Membina sikap kreatif dan inovatif
2.    Membina nilai-nilai murni
3.    Membina daya ingatan yang kuat



Bidang
:

Akademik
Tajuk
:
Rantaian nota

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

1.    Untuk mengetahui dan mengingat fakta-fakta atau nota
2.    Untuk berkenalan diantara satu sama lain.
Masa
:
25 Minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Kertas A4, pensil warna dan tali.

Langkah-langkah

:

1)    Peserta –peserta diberikan kertas A4 dan pensil warna untuk menulis nota yang berkaitan dengan mata pelajaran seperti sains, maths.
2)    Selepas 5 minit, murid-murid dikehendaki menulis nota pada sehelai kertas A4 dan melipat 4 bahagian contohnya proses percambahan biji benih mengikut turutan.
3)    Pelajar dikehendaki membuat atau melukis carta dan kemudiannya mengoyak bahagian tadi kepada 4 bahagian.
4)    Pelajar duduk dalam susunan bentuk bulatan dan meminta mereka menggaulkan atau mencampurkan kertas tadi.
5)    Setiap pelajar dikehendaki mengambil nota dan mencantum dengan betul susunannya. Setiap pelajar tidak boleh mengambil nota mereka sendiri.
6)    Selepas itu mereka dikehendaki bergilir-gilir sehingga semua pelajar dapat menyelesaikan kesemua nota kawan-kawan mereka.
7)    Setelah kesemua nota dapat dibuat mereka mengikatnya dan dijadikan nota poket

Penilaian

:

Memerlukan pelajar melukis, kerjasama dan  mengingat

Rumusan

:

1.    Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat
2.    Membuat nota yang pendek / peta minda akan menyenangkan untuk di ingat
3.    Sesuatu perkara jika bekerjasama dan perbincangan akan lebih mendatangkan hasil daripada belajar bersendirian.

Falsafah

:

1.    Setiap proses pembelajaran perlu adanya sumber rujukan
2.    Perlu adanya nota poket untuk meudahkan lagi proses mengingat walau dimana-mana kita berada




Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pelangi petang

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

1.    Mengingati warna pelangi
2.    Boleh menyenaraikan warna-warna pelangi
Masa
:
35 Minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Kertas A4 dan pensil

Langkah-langkah

:

1)    Setiap pelajar dikehendaki berkumpul dan membentuk satu bulatan kecil yang terdiri daripada 7 orang peserta. Setiap pelajar akan mengingati warna-warna pelangi
2)    Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki mengingati 1 warna dan kumpulan mereka perlu mencipta satu lagu bagi mengingati warna-warna pelangi.
3)    Kumpulan mereka perlu bekerjasama bagi mencipta lagu yang mana ia mencerminkan atau mengingatkan warna-warna pelangi.
4)    Pelajar perlu menyanyikan kepada kawan-kawan dan berkongsi lagu/perkataan yang mereka cipta.

Penilaian

:

Memerlukan kerjasama, mengingat, menyanyi dan berkongsi.

Rumusan

:

1.    Pelajar dapat ingat warna pelangi jika mereka menyanyi atau mencipta perkataan sendiri
2.    Dengan adanya kemahiran mengingat yang baik ia akan lebih memudahkan proses mengingat.
3.    Membuat nota yang pendek/peta minda akan menyenangkan untuk diingat.
4.     

Falsafah

:

1.    Membina sikap bekerjasama di kalangan kumpulan
2.    Menguji daya ingatan
3.    Membina sikap kreatif
4.    Membina nilai murni



Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pengurusan Masa - life…

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.
2.    Membantu peserta celik akal
3.    Menerangkan kepada peserta mengenai tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar.
Masa
:
60 Minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Tali

Langkah-langkah

:

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.
2.    Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil daripada setiap kumpulan datang kehadapan.
3.    Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan arahan:
·       Mengasingkan wakil-wakil dari setiap kumpulan tersebut.
·       Setiap wakil memegang tali secara selari.
·       Penghujung tali lagi satu, dipegang oleh wakil yang telah diasingkan oleh Guru Bimbingan.
·       Apabila telah bersedia, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan meniupkan wisel. Ini bermakna wakil yang diasingkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menarik tali perlahan-lahan.
·       Apabila tali tersebut di tarik, pihak yang ditarik cuma boleh menahan tarikan dan tidak dibenarkan menyimpul tali di tangan atau menggerakkan tangan melawan arus.
·       Pihak yang terlepas talinya dikira kalah.
·       Permainan ini diteruskan sehingga kesemua tali berjaya ditarik oleh wakil kumpulan yang diasingkan.

Penilaian

:

Murid dapat menarik tali dengan kukuh dan pantas.

Rumusan

:

1.    Menghargai masa yang ada.
2.    Untuk berjaya kita perlu berusaha.
3.    Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

Falsafah

:

1.    Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
2.    Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali
3.    Masa tidak akan menunggu kita.
4.    Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
5.    Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan sehingga mencapai kejayaan.



Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pengurusan masa  - Titanic

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.
2.    Untuk melihat murid adakah mereka peka terhadap masa
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Kertas A4, pen

Langkah-langkah

:

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan.
2.    Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran 1 (Titanic) kepada pelajar.
3.    Guru Bimbingan dan Kaunseling membaca situasi lampiran 1 dan membincangkan mengenai permasalahan tersebut.
4.    Arahan dari Guru Bimbingan dan Kaunseling:-
·         Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan masa 2 minit kepada pelajar untuk mencari penyelesaian.
·         Guru Bimbingan dan Kaunseling membiarkan pelajar menyelesaikan masalah tanpa memperdulikan murid dan melihat siapa yang akan tampil kehadapan untuk membentangkan. Jika tiada..
·         Setelah 2 minit Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjerit ”Akhirnya telah mati kedua-duanya.

Penilaian

:

Murid dapat mencari penyelesaian dengan cepat dan pantas.

Rumusan

:

1.    Menghargai masa yang ada.
2.    Untuk berjaya kita perlu berusaha.
3.    Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

Falsafah

:

1.    Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
2.    Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali
3.    Masa tidak akan menunggu kita.
4.    Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
5.    Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan sehingga mencapai kejayaan.




Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pengurusan masa  - Seikat Serumpun

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.
2.    Membuat sesuatu tugasan berdasarkan tempoh masa yang diberi.
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Tahun 6
Bahan
:
Muzik, Telur dan tali

Langkah-langkah

:

Set induksi :-

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.
2.    Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan sibiji telur kepada tiap-tiap kumpulan.
3.    Setiap kumpulan juga diberi 8 utus tali.
4.    Murid mengangkat telur menggunakan tali tanpa memegang telur.
5.    Kumpulan yang menjatuhkan telur dianggap kalah.

Penilaian

:

Murid dapat mengangkat telut tanpa menggunakan tali dengan kukuh dan pantas.

Rumusan

:

1.    Menghargai masa yang ada.
2.    Untuk berjaya kita perlu berusaha.
3.    Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

Falsafah

:

1.    Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
2.    Masa itu emas dan tidak akan menunggu kita.
3.    Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
4.    Setiap kegagalan jika berusaha pasti mencapai kejayaan.
Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pengurusan Masa  - Tingkat Kejayaan

Objektif

:

Di akhir sesi murid dapat:-
1.    Untuk berjaya  berjaya kita mesti berusaha.
2.    Kejayaan yang dicapai tidak akan berhasil tanpa pengurusan masa yang bijak
3.    Membuka minda murid untuk berjaya mereka perlu menguruskan masa dengan bijak.
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Tahun 6
Bahan
:
Kertas A4, Lampiran 1

Langkah-langkah

:

Set induksi :-

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran dan kertas A4 kepada setiap kumpulan.
2.    Guru bimbingan  memberikan masa 5 minit kepada murid untuk melihat lampiran 1.
3.    Guru bimbingan  menerangkan  maksud gambar rajah dan memberi penerangan kepada murid
4.    Guru bimbingan meminta murid menulis di atas kertas A4 kenapa kita perlu mengamalkan budaya cemerlang.
5.    Beberapa orang murid diminta membuat pembentangan secara sukarela.
6.    Murid yang lain boleh menyoal ,bertukar pendapat dan pengalaman dengan murid yang lain.

Penilaian

:

Murid dapat memahami dan menyatakan pendapat tersendiri

Rumusan

:

Murid dapat berfikir secara kreatif  dan bertindak di dalam kumpulan secara berkerjasama dan berpasukan.

Falsafah

:

1.    Untuk berjaya kita mesti mempunyai matlamat dalam hidup kita.
2.    Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.



Bidang
:
Kemahiran Mendengar dan Tanya
Tajuk
:
Yang Paling Hebat
Objektif
:
Di akhir sesi murid dapat:-
·         Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri.
·         Mewujudkan sifat-sifat menghargai diri sendiri di kalangan peserta.
·         Menyedarkan kepada peserta bahawa setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing.
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Murid Sek. Ren. Tahap 2 (Darjah 3-6)
Bahan
:
Jari tangan
Langkah-langkah
:
Set induksi :-
Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan kelima-lima jari.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan jari anak, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.
  • Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing diminta memberikan pendapat mengenai satu jari yang paling hebat dan rasionalnya memilih jari tersebut.
  • Seorang wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan pendapat tersebut.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya apa akan terjadi apabila ketiadaan salah satu jari tersebut.
Penilaian
:
Murid dapat memberikan pendapat yang bernas mengenai fungsi dan kehebatan salah satu jari yang dipilih.


Rumusan
:
Murid dapat memberikan fokus, mendengar dengan baik, berfikir secara kreatif  dan bertindak di dalam kumpulan secara berkerjasama.
Falsafah
:
  • Menggalakkan komunikasi peserta dan mempertahankan hujah yang dipilih.
  • Setiap orang/individu mempunyai peranan masing-masing
samada dalam keluarga, organisasi atau masyarakat.
  • Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan.
  • Perlu mempunyai sikap saling menghormati dan mempercayai orang lain.



Bidang
:
Kemahiran Mendengar dan Tanya
Tajuk
:
Mendengar Dengan Baik
Objektif
:
Di akhir sesi murid dapat:-
·         Menjadi seorang pendengar yang baik.
·         Memahami mesej yang disampaikan oleh penutur.
·         Menghayati perasaan penutur (empati) terhadap apa yang disampaikan.
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Murid Sek Ren Tahap 2 (Darjah 3-6)
Bahan
:
Peserta
Langkah-langkah
:
Set induksi :-
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid menyenaraikan sikap-sikap seorang rakan yang baik dan boleh di percayai.
·         Peserta-peserta diminta mencari pasangan masing-masing (A & B).
·         Setiap pasangan diminta mencari tempat yang sesuai dan peserta (A) diminta menceritakan tentang latarbelakang, pengalaman pahit dan manisnya kepada pasangan masing-masing (B) dalam masa yang ditetapkan oleh fasilitator.
·         Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan yang besar dan peserta B akan menceritakan semula tentang apa yang telah diberitahu oleh peserta A.
·         Peserta A pula diminta mengesahkan sejauhmana- kebenaran cerita yang telah disampaikan oleh peserta B.
·         Peserta A juga diminta menceritakan bagaimana tingkahlaku peserta B semasa peserta A menceritakan tentang pengalamannya tadi. Sebagai contoh :
-       Adakah peserta B memotong percakapannya ?
-       Adakah peserta B memberi perhatian yang sepenuhnya ?
-       Adakah peserta B berpura-pura mendengar ?
-       Adakah peserta B dalam keadaan khayal ?
-       Adakah peserta B dipengaruhi emosi ?
-       Adakah peserta B empati ?
-       Adakah peserta B memberikan respon yang sesuai ?
-       Adakah peserta B seorang pendengar yang baik ?
Penilaian
:
Murid dapat membina hubungan yang baik dengan orang di sekeliling dan dapat menghayati apa yang ingin disampaikan oleh penutur.
Rumusan
:
Murid dapat belajar menjadi seorang pendengar yang baik dan belajar memahami perasaan orang lain.
Falsafah
:
·         Kalau bicara itu perak dan diam itu emas, maka   
               pendengar yang baik lebih mulia dari keduanya.
·         Faktor paling penting dalam rahsia kejayaan adalah      
   kemahiran menjalinkan perhubungan manusia dengan 
         baik.

Bidang
:
Kemahiran Mendengar dan Tanya
Tajuk
:
Delta (Dengar dan Tanya)
Objektif
:
Di akhir sesi murid dapat:-
·         Menyedari tahap kebolehan masing-masing dalam mendengar dan bertanya jika tidak faham sesuatu mesej.
·         Memahami mesej yang disampaikan oleh penutur.
·         Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri dan orang lain.
Masa
:
30 minit
Sasaran
:
Murid Sek. Ren. Tahap 2 (Darjah 3-6)
Bahan
:
Nota ayat ringkas.
Langkah-langkah
:
Set induksi :-
Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan faedah memahami sesuatu mesej yang disampaikan.
  • Murid-murid berbaris mengikut kumpulan.
  • Seorang wakil di hadapan bagi setiap kumpulan datang ke hadapan untuk membaca dan mengingati nota yang disediakan.
  • Wakil kumpulan menceritakan kepada ahli yang kedua dan ahli yang kedua akan bertanya jika tidak jelas.
  • Ahli yang kedua pula menceritakan kepada rakan di belakangnya dan begitulah sehingga ahli yang di belakang sekali. Rakan yang tidak jelas akan bertanya.
  • Ahli yang di belakang sekali bagi setiap kumpulan akan datang ke hadapan untuk menceritakan semula nota yang telah diberikan.
Penilaian
:
80% murid dapat menceritakan semula nota ringkas tadi dengan
tepat.
Rumusan
:
Murid dapat mendengar dengan baik, bertanya jika tidak jelas, bekerjasama dengan ahli kumpulan serta memberikan fokus terhadap sesuatu.
Falsafah
:
  • Bersoal jawab dapat memantapkan pemahaman dan daya ingatan.
  • Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan.
  • Peka dan luaskan minda ke arah kejayaan.