26.10.14

Lawatan Kerja Dan Kursus Profesionalisme GBK di SJKC Li Chi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga yang disayangi.

Alhamdulillah sudah masuk bulan muharram bermakna bermulanya tahun hijrah baru iaitu 1436H. Buatlah peta kehidupan yang baru sempena hijrah ini. Cikgu sudah! anda bila lagi??

Cikgu nak ceritakan perkongsian cikgu melawat SJKC Li Chin, Segamat Johor. Daerah Kota Tinggi dan Segamat jauh. Kami bertolak dalam jam 6.30 pagi dan sampai kira-kira 9.50 pagi. kami bertolak awal sebab nak lihat sendiri Relaksasi Minda yang dibuat oleh Cikgu Tee. Relaksasi minda tu dibuat pada waktu rehat selepas murid rehat. Murid akan berkumpul disuatu tempat untuk buat relaksasi minda.

Teruja sangat berjumpa Cikgu Tee. Walau ini kali kedua cikgu jumpa. Kali pertama semasa sama-sama bentang amalan terbaik kaunseling Negeri. Tupun sempat berbual diluar bilik menunggu.

Cikgu Tee seorang yang cantik! Kemas dan bergaya! suka senyum dan peramah. Sangat fasih berbahasa melayu. Air muka yang manis dan penuh kelembutan. Sangat sesuai dengan title guru bimbingan kaunseling.

Relaksasi minda ini telah dijalankan di Sjkc Li Chi sejak 2012 lagi. Mula tercetus idea ini melihat senario "kebisingan" murid dikelas, kantin,dan kawasan sekolah lainnya hingga memaksa guru mengajar menggunakan speaker kecil tu. (sorry lupa nama) heheh

Jika tidak cikgu akan letih kerana terjerit-jerit dan sakit tekak untuk mengajar didalam kelas yang bising.

Itulah sebab utama tercetusnya idea untuk laksana relaksasi minda.

Yang bagusnya amalan ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak PIBG,ibu bapa dan guru-guru sekolah. Murid pun suka dan minat. Oleh kerana sesi relaksasi minda dibuat 10 minit sebelum masuk kelas jadi jadual juga berubah. Guru akan balik lewat 10 minit juga untuk memberi ruang relaksasi minda ini dijalankan ketika rehat.

Hingga kini 2014 alhamdulillah peratus masalah disiplin juga telah menurun dengan mendadaknya sejak relaksasi minda ini dijadikan amalan di sekolah tersebut. Ketika pembentangan kami diberi peluang merasai sendiri bagaimana Cikgu Tee laksana relaksasi tersebut kepada kami guru-guru kaunseling untuk kami merasai sendiri, selain dari melihat Cikgu Tee membuat relaksasi bersama murid ketika rehat.

Paling cikgu suka ialah murid telah menunggu terlebih dahulu di dewan dan bersedia untuk buat relaksasi walaupun rehat ketika itu belum habis. Teruja kan?? kesannya..........

-Murid berdisipilin teratur senyap ketika relaksasi berjalan hingga mereka masuk kekelas.
-Cikgu juga tidak perlukan speker kecil lagi dan hanya menggunakan suara yang perlahan ketika mengajar.
-Lonceng sekolah ditukar dari bunyi "kringggggg" kepada lagu slow kerana kesan relaksasi menyebabkan warga sekolah dalam mood tenang dan rasa sangat bingit dengan bunyi lonceng yang keras.













Read More...

Pasca UPSR -Latihan futsal dan bola jaring

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)


Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Untuk pasca UPSR murid diberi tempoh latihan selama 2 hari untuk latih diri sebelum bermulanya pertandingan. Cikgu sudah bahagikan kumpulan.

5 kumpulan bagi murid perempuan untuk bola jaring.

6 kumpulan bagi murid lelaki untuk futsal

Murid akan berlatih bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10.00 pagi sahaja. Kemudian murid rehat dan teruskan dengan PDP. Sepanjang latihan murid akan dipantau oleh guru matapelajaran mengikut jadual kelas.
Read More...

23.10.14

Penutupan Bulan Kemerdekaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Seperti tahun sebelumnya bulan kemerdekaan tahun ini cikgu ambil murid pra sekolah, pendidikan khas dan tahap 1 manakala cikgu arsyad guru sivik ambil murid tahap 2. kami gabung sebab duit kaunseling tak cukup. Jika tahun 2011-2012 memang cikgu penyelaras sorang dan guna duit kaunseling. huhuhu pening tau.

Penutupan bulan kemerdekaan pun ambil masa yang lama tahun ni sebab nak lepaskan murid ulangan UPSR.

Untuk tahap 1 cikgu buat:
-Mewarna
-Kolaj
-Pakaian Beragam

Untuk tahap 2 pula:
-Lagu patriotik
-Deklamasi sajak
-Buku skrap

Alhamdulillah mendapat kerjasama yang baik dari guru-guru sekolah cikgu. Terima kasih semua.




Read More...

Pasca UPSR-XPDC Tanjung Piai-Pulau Kukup

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah berjumpa kembali kita dialam maya.

Program lawatan untuk tahun ni kami pilih XPDC PULAU KUKUP-TANJUNG PIAI. Kat mana tu? ni di Pontian, Johor.

Kali ini kami bawa murid untuk menerima pelbagai ilmu baharu. Bukan sekadar lawatan semata-mata,Cuci mata pahtu shopping. Maaflah rugi duit murid nanti. Kita kalau boleh kena cari suatu bentuk lawatan yang berinformasi sesuai untuk murid sekolah.

Kali ini XPDC kami diketuai oleh Cikgu Azmi dan Cikgu Ziaton Abdul Kadir. Cikgu sekadar membantu dan menyumbang idea. hehhee..

Program ini berjalan selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti ialah:
-Lawatan ke Taman NegaraPulau Kukup. Ni kami naik feri dan pergi kepulau kukup untuk teroka dan lihat pokok bakau dipulau itu.
-Lawatan ke Taman Negara Tanjung Piai. Yang ni seronok sebab kami berjalan hingga ke hujung selatan Asia!
-Aktiviti memanah
-Aktiviti Water Rifting
-Aktiviti menembak
-Aktiviti Night walk
-Aktiviti rebut kerusi
-Aktiviti bowling kelapa.

Cikgu dan Cikgu Sabariah tidur bersama murid di dorm. Dapat pantau mereka. Cikgu lain tidur di bilik yang ditempah sendiri.

Semua benda baharu kepada murid-murid. Insyallah tahun depan dah rangka nak pi kampung budaya pula. Dengarnya akan diajar kopek kelapa, menoreh dan lain-lain lagi. Pasti murid teruja!








Read More...

14.10.14

Program Selepas UPSR-Taklimat Aktiviti

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Malam tadi berlakunya gerhana bulan. Ada yang sempat solat sunat gerhana bulan?? cikgu alhamdulillah buat pertama kali dalam hidup cikgu. Rupanya bila digoogle-goole banyak kisah gerhana bulan yang cikgu tidak tahu. nak diceritakan disini panjang pula nanti.

Ok, selesai sudah kertas bahasa inggeris pada 9/10/2014 yang lalu. Hari ini hari ahad selepas perhimpunan cikgu berjumpa murid tahun 6. Agenda hari ini ialah mengemas dewan dan memasukkan semula kerusi meja kedalam kelas. Kemudian murid tahun 6 akan berada didewan bersama cikgu. Cikgu  menerangkan aktiviti-aktiviti sepanjang program selepas UPSR ini.

Antara yang diterangkan ialah:
1-Program selepas UPSR bermula 12 Oktober hingga 20 November 2015. (sebenarnya minggu lepas pun sudah mula iaitu kursus membuat home made coklat dan art craft dikolej komunit)
2- Program selepas UPSR hanya dijalankan pada jam 7.15 hingga jam 10.00 sahaja. Selepas itu aktiviti P&P berjalan seperti biasa.
3-Aktiviti terbahagi kepada 3 meliputi:
    acara sukan-Futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan
    Aktiviti Panitia- Melibatkan panitia BM,BI,Math,Sains,PI,KH dan Sivik
    Ceramah-Pengurusan jenazah, Persediaan awal kesekolah menengah, Ceramah awal remaja, LDK
                    AADK
4-Pembahagian kumpulan mengikut acara sukan dan panitia (beza tau)
5-Sebarang aktiviti mungkin akan dianjak ke tarikh yang lain jika berlaku hal-hal lain.
6-Program selepas UPSR adalah keterlibatan semua murid tahun 6 dan wajib diikuti. (Tak boleh ponteng)

Read More...

Program selepas UPSR-KRAMSAU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Program selepas UPSR untuk hari ini diteruskan dengan Program Sahsiah Diri iaitu Latihan Renang di KRAMSAU di Bandar Penawar. Apa itu KRAMSAU?

KRAMSAU: Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara

Semua murid tahun 6 wajib mengikuti program ini. bayaran yang dikenakan ialah RM5 meliputi tambang bas dan 2x makan iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari. Murahkan?? 

Yang penting ilmu. Murid-murid dapat belajar ilmu asas renang:
-Cara nak apungkan badan.
-Bernafas didalam air.
-Berenang dengan betul

Untuk laksana latihan ini murid dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan. Latihan dimulakan dengan lelaki dahulu dan disudahi oleh murid perempuan. Terima kasih kepada pihak KRAMSAU kerana memberikan latihan yang terbaik kepada anak-anak tahun 6 SKBM. Sudah 3 tahun kita berkolaborasi.


Read More...

9.10.14

Brosur PPsi Ujian Uptitud Am Tahun 3

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Didoakan family pembaca semua sihat walafiat. Sudah laksana ujian uptitud am tahun 3 ke belum? ni untuk cikgu BNK sekolah rendah. Alhamdulillah cikgu baru sahaja usai buat semalam.

Semalam masa tengah duduk rehat dibilik bimbingan terfikir nak buat brosur untuk PPsi. Sebab SU PBS sekolah cikgu hari tu ada bagi cikgu brosur yang dia buat sendiri tentang PBS sekolah. Cikgu pun berkira-kira nak buat juga. Jadi cikgu pun carilah bahan-bahan yang sesuai untuk dimasukkan kedalam brosur tu.

Kebanyakan bahan cikgu ambik di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh kerana banyak berbentuk PDF, cikgu printscreen, gunting, copy dan paste je dalam brosur.

Yang boleh ditaip cikgu taip. Maklumat yang penting sahaja yang dimasukkan. Brosur ni cikgu gantung disudut PPsi dalam bilik cikgu. Bukan besar pun sudutnya. Asalkan ada dan nampak boleh dibaca. Kemudian cikgu edar pada SU PBS untuk dimasukkan kedalam fail, bagi pada guru besar dan GPK 1.

Cikgu juga buat lebih dan letak didalam fail PPsi agar mudah untuk diberi kepada pelawat atau ibu bapa yang bertanyakan dan perlukan maklumat lanjut berkaitan ujian ini.

Sesiapa yang mahu brosur ini boleh save as dan print imej brosur yang cikgu masukkan ini ya.

*cikgu masukkan esok imej depan belakang. Save kat komputer sekolah hehehhe


Read More...

Menjenguk Bilik BNK SK Tun Dr Syed Nasir

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikukm kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah dikesempatan ini cikgu nak perlihatkan kepada pembaca akan bilik bimbingan kaunseling di SK Tun Dr Syed Nasir, Kota Tinggi Johor.

Untuk tahun 2014 ini unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah mewakili daerah Kota Tinggi dalam Pertandingan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Negeri Johor.  Semalam baharu sahaja dipantau. Dalam masa yang sama rakan cikgu dari SK Ledang turut mewakili daerah Muar. Tahniah diatas pencapaian kedua-dua rakan cikgu ini. Peluang yang datang memberi pengalaman yang sangat-sangat berharga.

Cikgu faham dan sudah alaminya sendiri. Bila masuk bertanding dan diberi kepercayaan oleh pihak PPD pastinya banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya:
-Pengurusan bilik merangkumi keceriaan, kekemasan, kesesuaian
-Sistem fail
-Bukti-bukti dan kesahan
-Analisis program/aktiviti
-Impak kepada sahsiah murid
-100% murid menerima perkhidmatan BNK
-Inovasi kearah impak sahsiah murid
-Amalan terbaik perkhidmatan bimbingan kaunseling yang dibuat
-Buku rekod yang dominan dengan maklumat sesi

Cikgu doakan agar Cikgu Zarina yang mewakili Daerah Kota Tinggi dan Cikgu Naimah mewakili Daerah Muar terus berusaha dan menjadi guru BNK yang cemerlang didaerah masing-masing. Cikgu bangga dengan usaha mereka memartabatkan perkhidmatan BNK ini.

Yok kita lihat bilik di SK Tun Dr Syed Nasir. Next Episode cikgu tunjuk Bilik BNK SK Ledang pula ya.











Read More...

Ujian Aptitud Am Tahun 3 Sedang Berjalan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)


Alhamdulillah selesai sudah!
Terima kasih pada cikgu-cikgu 
yang menjaga kelas 3 Arif dan 3 Bestari
 pada jam 10.30 hingga 12.00 tengah hari ya!
Alhamdulillah syukur dimudahkan urusan.

Borang jawapan juga cikgu dah serahkan pada guru kelas untuk ditanda. Setelah itu cikgu akan buat profil individu, kelas dan analisis jawapan murid secara keseluruhan. Akhir sekali buat laporan kepada pihak pentadbir dan guru kelas.

Hanya ada seorang sahaj dari kelas 3 Bestari yang tidak hadir. Nanti cikgu akan panggil untuk murid tersebut menjawab soalan ujian uptitud ini.






Read More...

Tindakan Awal Ujian Uptitud Am Tahun 3

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sudah masuk bulan Oktober 2014. Bila masuk bulan oktober je bermakna cikgu kena sedia untuk laksana ujian uptitud am tahun 3.Cikgu pun berbincang dengan GPK 1 dahulu sebab untuk PPsi ujian uptitud am ni dibawah GPK 1. Setelah itu baru cikgu jumpa guru besar pula untuk dapatkan persetujuan dan tarikh yang bersesuaian.

Kemudian cikgu akan rangka proses seterusnya iaitu:
1-Buat surat kepada ibu bapa/penjaga memaklumkan ujian uptitud am yang akan dijalankan
2-Keluarkan notis kepada guru kelas yang terlibat
3-Taklimat kepada murid tahun 3

3 benda ni penting tau. Jangan terus buat je. Sebab ni benda baharu. Ramai ibu bapa tak tahu ujian ini. Dan murid pun tak tahu. Kita kena terangkan pada mereka apa itu ujian uptitud am, bentuk soalan, jumlah soalan, berapa lama tempoh masa diambil dan objektif ujian ini dibuat.

Dibawah cikgu ada sertakan contoh surat yang diberi kepada ibu bapa/penjaga dan notis kepada guru



Read More...

1.10.14

MENJENGUK BILIK BNK SK MUZAFAR SYAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Didoakan semua pembaca blog cikgu diberi kesihatan yang baik dan berada dibawah lindunganNYA. amiinn.

Meh, nak cerita ni.  Cikgu telah diberi tanggungjawab sebagai ajk jamuan di Sk Muzafar Syah sempena pesta pantun. Sekolah ni lawa tau. Bewarna warni. Suka tengok. Kelasnya semua lawa-lawa! cikgu sekolah ni memang wajar dipuji. Rajin! dan punya guru besar yang hebat!Sekolah ini telah menang Sarana ibubapa Sekolah Luar Bandar Peringkat Kebangsaan (Maaf jika salah nama anugerah huhu).

Jadi cikgu ambil kesempatan untuk melawat bilik bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut. Yalah,bila ada program sebeginilah dapat luangkan masa menjenguk. Jika nak pi sorang-sorang bilalah masanya. Kan?

Guru bnk disekolah ini seorang sahaja. Cikgu panggil dia cikgu ana.Nama penuh Suhana. Sudah berkahwin hehe..

Bilik BNK terletak ditingkat dua di bangunan baru. Mudahlah nak cari bilik BNK ini. Meriah dan tak sunyi seperti kawasan bangunan bilik cikgu. Sebab bangunan ni dekat antara bangunan lain. Dekat sangat sampai cikgu ngajar pun sebelah bangunan kita boleh dengar. Nak jumpa murid pun senang. Kalau bangunan yang menempatkan bilik BNK cikgu jauh. Tingkat 3 pula tu. Kalau cikgu mengandung nanti awal-awal kandungan tu memang tidaklah cikgu nak naik turun tangga tingkat 3 nanti. Tumpang bilik guru ja.

Ok, bentuk bilik sama lebih kurang bilik cikgu. Masuk saja ruang tamu dan ada dua bilik. 1 bilik dijadikan bilik sesi dan 1 bilik lagi dijadikan bilik pengurusan dan sudut membaca.  Cuma susunan perabot dan pembahagian bilik tidak sama. mari kita lihat bilik bnk ini.




 



 



Read More...