10.7.14

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Nenonenonenoooo... Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Apa khabar? Sihat hari ini?? Kita sama-sama berdoa agar saudara muslim kita di palestin..gaza..diselamatkan oleg Allah Ta'ala..aminn.. ramainya syuhadah kita yang berjihad dijalan Allah meninggal disana.. sedih rasanya.. kita disini mati kekenyangan dengan makanan dan kemodenan.. nauzubillah..minta dijauhakan lah Ya Allah..

Ok, hari ini cikgu nak maklumkan jadual peperiksaan percubaan UPSR sudah keluar!!!!!!

Anak-anak tahun 6 minta alert ya. Jadual sudah diagihkan kesetiap kelas tahun 6. Sudah tidak lama. Kita akan bermula pada 14 julai iaitu isnin ini.

Read More...

Program Tazkirah Motivasi Untuk Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu..  Tazkirah Motivasi ini merupakan program dibawah panitia agama islam dan bantuan juga dari guru bimbingan kaunseling.

Kebiasaannya Tazkirah Motivasi ini disampaikan selepas habis bacaan yasin dan solat hajat murid tahun 6 setiap hari khamis di surau sekolah. Semua pentadbir iaitu Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK KOKO, Guru BNK, dan Cikgu Arshad akan ada giliran memberikan tazkirah Motivasi.

Contohnya hari ini khamis 10 Julai 2014 giliran guru besar dahulu yang memberikan tazkirah motivasi. Minggu depan giliran GPK 1 dan seterusnya.

Kami tidak mahu murid-murid tahun 6 putus asakan dan aura positif mereka sehinggalah habis UPSR. Ini salah satu cara untuk pihak sekolah menyemai dan menanam suntikan semangat pada diri anak-anak tahun 6.

Tunggukan giliran cikgu ya. Ada tajuk menarik yang akan cikgu kupas nanti.



Read More...

Program Yassin,Solat Hajat Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Kini pada setiap hari khamis bermulanya hari ini sehingga menjelangnya peperiksaan UPSR kelak, murid-murid tahun 6 akan kesurau seawal jam 7.10 pagi untuk persediaan solat hajat dan bacaan yasin.

Murid tahun 6 diasingkan dari murid-murid lain yang setiap hari khamis juga ada perhimpunan. Biasanya hari khamis memang panitia agama menguruskan sama ada tazkirah, bacaan yasin, selawat atau bacaan Al-Quran untuk semua warga sekolah...

Moga ibadah kita dan doa kita semua diberkati oleh Allah ya.. usaha dan terus usaha.. waktu rehat juga jangan lupa ambil sedikit masa untuk tunaikan solat sunat dhuha. Masa awal tahu cikgu tengok ramai yang solat dhuha namun makin hari makin sedikit pula.

Kejarlah rezeki dari Allah. Insyallah anak-anak semua akan perolehi keputusan yang cemerlang UPSR tahun ni..amiin




Read More...

GERAK GEMPUR BERMULA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Apa khabar semua? harap semuanya sihat. Bulan puasa ni syukur sebab rajin juga menerima kunjungan hujan.

Semakin dekat tarikh peperiksaan UPSR. Minggu ni bermulanya gerak gempur murid tahun 6. Gunakan kesempatan ini ya anak-anak. Lipat gandakan usaha kalian. Insyallah kita sama-sama berdoa agar memperolehi keputusan yang cemerlang. Peperiksaan percubaan sudah tak lama lagi ni. Minggu depan saja.







Read More...

7.7.14

Semarak Kasih (Warga Emas)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua. Ini edisi yang terlambat cikgu nak post ya..Sempena hari guru , sekolah adakan beberapa siri lawatan kerumah beberapa orang individu yang mengalami masalah kesihatan .. ini ialah rutin setiap kali hari guru disekolah cikgu. Sudah 4 tahun kami laksanakan.. ini bertepatan dengan program warga emas dan guru penyayang..

Antara yang kami pilih ialah bekas guru yang sudah lama bersara dan mengalami masalah kesihatan, juga beberapa insan yang kurang upaya yang duduk berhampiran dengan kawasan bandar mas, papan timur dan sungai mas.. Sedikit rezeki turut disumbangkan. Benar, setiap rezeki kita ada juga hak orang lain.

Didoakan insan yang kami lawati itu dianugerahkan kesihatan yang lebih baik selepas ini.. aminnn




Read More...

Taman Bunga BNK

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Heheheh..lucu pula nak cerita post kali ini.. kihkihkih..

Bukan apa nak bagitahu cikgu ada taman bunga kat depan bilik kaunseling ni. Tapi taman sekangkang kera jelah..hahahaha...

Yang pentingnya bunga hidup!!!

Baru rasa sedap mata memandang. Murid pun suka kebilik ini.

Ni cikgu tanam sendiri ye.. Minta sikit benih dari tukang kebun sekolah..bukan beli..kuikuikui.. Besar dah. Cikgu-cikgu BNK disekolah lain siap ada air terjun.. Aduhai mana nak cari. Ini sahaja yang termampu cikgu sediakan. pasu kedai RM2 je.




Read More...

Motivasi Ramadhan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. apa khabar hari ini? moga kita selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Jiwa yang tenang dan merasai nikmat ibadah.

Ok, kali ni cikgu nak bawa pembaca semua kepada sebuah program motivasi disekolah cikgu iaitu MOTIVASI RAMADHAN. Sebenarnya kebetulan seorang consultan ini  datang kesekolah cikgu nak promosikan kem motivasi pada 12hb ini. Jadi dia pun offer untuk bagi sedikit taklimat kepada murid tahun 5 dan 6.

Alhamdulillah pelbagai input yang sangat bagus diberikan. Suasana menjadi riuh rendah dengan respon dari murid-murid. Paling teruja melihat penceramah ini sering membuat lawak. Suaranya persis pakar motivasi terkenal yang sering keluar di kaca tv iaitu dr fadzilah kamsah..

Terima kasih Encik Mohd Zaidi bin Abdullah. Insyallah tahun depan kita boleh bekerjasama lagi ya. Sudah terfikir mahu berkaloborasi dengan beberapa buah sekolah untuk laksanakan program motivasi nanti.

Oh ya, berkenaan program kem motivasi pada 12hb ini di Batu layar, murid-murid tahun 5 dan 6 SKBM boleh serahkan borang daftar dan duit kepada cikgu selewatnya hari rabu ini ya.















Read More...

Modul Kerjaya (1 murid 2 kerjaya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.
Hari ini cikgu buat bimbingan bersama murid kelas 3 bestari. Cikgu bawa murid ke bilik bimbingan. Mudah nak laksanakan sebab bahan kerjaya yang cikgu nak buat ini banyak dibilik bimbingan kaunseling iaitu buku skrap kerjaya.

Kali ini cikgu pilih modul kerjaya.

MODUL:KERJAYA
TAJUK: 1 MURID 2 KERJAYA

OBJEKTIF: Murid mendapat pendedahan 2 pekerjaan melalui buku skrap yang dibaca.

LANGKAH:
-Cikgu berikan sedikit info apa itu kerjaya..pekerjaan...maksudnya kepada murid-murid. Sebab murid tahap 1 ramai tak faham maksud kerjaya atau cita-cita. Yang mereka tahu KERJA..
-kemudian cikgu berikan seroang murid 1 buku skrap kerjaya.  Murid perlu baca dan lihat buku skrap tersebut.
-kemudian selepas habis baca murid perlu tukar buku skrap dari rakan sebelah. Maknanya seorang murid akan baca 2 buku skrap kerjaya dan punya 2 pekerjaan.
-Cikgu menyoal secara rambang 4 orang pelajar untuk bertanya kerjaya apa yang mereka baca.


Ok...kita akan sambung baca buku skrap kerjaya lain pula lepas ini..Tak boleh terang lebih-lebih sangat nanti mereka lagi pening nak faham. Jika murid tahap 2 tu bolehlah ya..













Read More...

Mengemas Bilik BNK

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu..Target minggu ni nak kemas bilik pengurusan. Kemas sikit-sikit kan sebab bulan puasa ni. Dijangkanya 5 hari lah... tapi lepas kemas-kemas, tolak almari besi yang berat tu, buat sudut-sudut baru untuk bahan dalam bilik ni siaplah satu hari.

Mula-mula rancang fail-fail semua dah tak nak ada atas rak panjang ni. Nak bubuh dalam almari besi. Atas rak panjang nak letak hasil kerja murid. Jadi almari besi besar ni kena tolak rapat kedinding lain. Meja cikgu pun tolak pindah tempat lain.  Bila dah buat tengok, waaaaaaaaaa macam makin kecik je biliknya. Tak jadi susun semula meja cikgu tempat asal, almari besi oklah kat tempat baru. komputer, dan alatan yang sesuai tu dah bubuh kat meja kecik panjang. Fail je masih dibiarkan . Nantilah hujung tahun baru rangka-rangka nak pindah fail dalam almari besi, coz sekarang dalam almari besi ada banyakkkkkkkk benda...

Gambar sebelum






Gambar Selepas





 


Read More...

3.7.14

Modul keibubapaan (Rintihan kalbu)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.Harapnya semua sihat ya.

Hari ini cikgu masuk ke kelas 5 Cerdas. Cikgu bawa mereka semua masuk ke bilik bimbingan. Cikgu laksanakan Modul keibubapaan. Haaaa kenapa perlunya modal keibubapaan pula ni kepada murid?? heheh mesti ada yang pelik kan apa kaitannya keibubapaan dengan murid.

Sebenarnya meh cikgu ceritakan sedikit. Cikgu ni pun seorang yang pelik juga. Nak tahu banyak perkara berkaitan perasaan murid-murid. Kali ini cikgu namakan aktiviti ini Rintihan Kalbu.... kihkih

MODUL: KEIBUBAPAAN
TAJUK: RINTIHAN KALBU

OBJEKTIF:
-murid mengetahui peranan dan tanggungjawab ibu bapa yang sewajarnya diberikan kepada mereka. (objektif tak boleh banyak ya, tak tercapai nanti)

LANGKAH-LANGKAH:
1-Murid diminta duduk dalam keadaan selesa dan bersandar.
2-Cikgu ceritakan perihal ayah cikgu. Bagaimana orangnya, apa pekerjaannya dan perkara yang ayah cikgu lakukan pada cikgu yang cikgu tak boleh lupa.
3-Cikgu juga ceritakan tentang arwah mak cikgu. bagaimana arwah mak cikgu menjadi permaisuri dalam keluarga, mampu menyiapkan makanan, basuh baju dalam masa menjaga adik beradik cikgu yang ramai. cikgu juga masukkan peristiwa yang cikgu takkan pernah lupa berkaitan arwah mak cikgu.
4-Cikgu minta murid pejamkan mata dan bayangkan muka mak dan ayah masing-masing. Bayangkan juga kebaikan dan kelemahan mak dan ayah yang pernah mereka lakukan pada murid -murid.
5-Setelah buka mata, cikgu berikan sehelai kertas. Dimuka hadapan murid perlu menulis kenangan manis yang tidak mahu dilupakan bersama keluarga. Dan disebelah belakang murid menulis kenangan pahit yang mahu dilupakan terhadap keluarga.
6-Cikgu beri masa selama 30 minit kepada murid-murid.







Read More...