13.11.13

Konvensyen Pendidikan Guru Kebangsaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah semasa pelancaran buku hari tu cikgu sempat menghadiri seminar yang berlangsung di Senai pada 22-24 Oktober 2013. Antaranya SPBS, dan amalan terbaik.

Yang paling cikgu suka melihat inovasi yang dihasilkan oleh para guru. Best! Tahniah lah buat cikgu-cikgu yang sangat berinovasi ini.




Read More...

BUKU SAYA DAH TERBIT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap kita semua berada dibawah lindunganNYA.

Alhamdulillah buku hasil karya cikgu dah siap. Tapi bukan semua. Ada beberapa buku yang cikgu hasilkan antaranya:
-Siri nilai moral
-Siri akhlak mulia
-Novel gejala sosial (isu gangsterisme)
-Novel gejala sosial (isu buli)

Hanya siri akhlak mulia dan nilai moral saja yang sudah berjaya terbit. Novel tu kata penerbit insyallah awal tahun depan..

Inilah hasil usahasama program pengkarya guru diantara kementerian pelajaran malaysia dan majlis buku kebangsaan.





Read More...

KAD PERSONALITI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Meh nak cerita sikit. Cikgu curi-curi masa dalam 2 minggu ni untuk buat kad personaliti.

Ada personaliti melalui:
-buah
-bulan kelahiran
-gaya tidur
-jenis darah
-tanda tangan
-tulisan
-warna

Cikgu buat dalam bentuk kad, gantungkan di dinding ruang tamu. Murid suka. Duduk-duduk rehat sambil baca. Ada yang gelak ketawa baca personaliti melalu gaya tidur!


Read More...

MESRANYA MURID INI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga hari ini menjadi hari yang mudah buat kita.
Hari ini cikgu pi sekolah macam biasa. Melalui hari-hari yang sama.

Tetapi time rehat pasti cikgu seronok. Sebab apa??? sebab cikgu akan dikelilingi oleh anak-anak murid. Mereka suka benar time rehat datang bawa makanan untuk cikgu. Cikgu bukan minta pun.

Terima kasihlah wahai anak-anak muridku. Moga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat..aminnn

Cikgu rasa bahagia..
Read More...

Motivasi Kepimpinan (Selepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap sihat lah ya. Dah nak hujung-hujung tahu ni makin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi cikgu SU Perancangan Strategik Sekolah.

Ok, Hari ini cikgu buat aktiviti ceramah kepada murid tahun 6. Cikgu yang beri ceramah. Cikgu pilih tajuk kepimpinan melalui teladan. Lebih kepada kemenjadian murid. Macam mana nak tengok kemenjadian murid??? tengok hasilnyalah kan..kihkihkihhh

Cikgu beri pada 3 segmen:
1-ceramah kepimpinan
2-LDK berkumpulan
3-Pembentangan kumpulan

Macam biasa je kan. Tapi sepanjang 2 jam 30 minit berjalan cikgu dah beri mereka syarat:
1-Dalam kumpulan tidak boleh membantah dan mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada ahli kumpulan.
2-Semua ahli perlu diberi peluang bercakap walaupun ideanya tidak diterima
3-keputusan mesti sebulat suara.
4-pembentangan perlu semua bersuara dan ada kerja..

kita akan lihat hasilnya masa pembentangan dan sepanjang aktiviti berlangsung. Tak cukup syarat maka ahli kepada kumpulan tu tak menjadilah dan tak berkesanlah penyampaian kita pada dia..






Read More...