29.10.13

Pameran Buku

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah. Inilah detik yang sangat cikgu tunggu-tunggu. Kami barisan guru-guru pengkarya buku  akhirnya berjaya mempamerkan buku kami pada Konvensyen Pendidikan Kebangsaan di Senai pada 22-24 Oktober 2013 lalu.

Lai-lai mari-mari lihat buku kami!  insyallah buku ini akan masuk ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan.


Read More...

16.10.13

PEMANTAUAN PERINGKAT NEGERI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu harap semua sihat ya, diberi kelapangan dada, diberi kesihatan yang baik agar kita sama-sama dapat beramal dan mendidik anak-anak kita sebagai satu amalan untuk kita diakhirat nanti juga.

Hari ini cikgu telah didatangi oleh 4 orang pemantau iaitu P.PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid dari PPD Pasir Gudang, PPD Kota Tinggi, PPD Johor Bahru dan seorang dari JPN.

Mereka datang untuk pemantauan Pengurusan Bilik Kaunseling Cemerlang Negeri Johor.

Ini antara butiran perjalanan pemantauan yang cikgu cuba ringkaskan ya:
-Pembentangan video
-Membawa pemantau ke bilik bimbingan kaunseling
-pemantauan fail, tema dekorasi bilik, dan soal jawab

Mereka hadir dari jam 9 pagi hingga 1.00 petang ye..sangat lama..huhuhuh

Sampai waktu makan nak balik tu Tn Hj Rozman dari JPN masih bertanyakan soalan kepada cikgu.. aduyaiiii..alhamdulillah cikgu cuba menjawab sebaik mungkin apa yang cikgu tahu.

Jika ada rakan-rakan guru kaunseling yang mahu bertanyakan lanjut perihal pemantauan pertandingan diperingkat negeri bolehlah bertanya pada cikgu ya. Insyallah cikgu sudi berkongsi.

Cikgu pun tak tahu bila keputusan diumumkan tetapi cikgu sudah bersedia menerima apa sahaja keputusan tersebut sebagaimana cikgu sudah bersedia saat mereka datang memantau cikgu..

Terima kasih kepada semua pemantau yang sudi berkongsi idea untuk penambahan dan kebaikan perkhidmatan kaunseling disekolah ini.









Read More...

Mesyuarat Agong MGKK

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah hari yang memang dinanti-nanti!!!!
yahoooo!!

Heheh..sebenarnya cikgu memang tunggu hari ini sebabnya cikgu akan letak jawatan. Sape tak suker kan????

Beri peluang pada muka-muka baru yang seronoknye cikgu leh rehat..kihkihkih... Selamat menjalankan tugas dengan penuh berhemah kepada semua Majlis Tertinggi MGKK tahun 2013-2015... tahun 2013 lum habis yer..

Tahniah!










Read More...

PROGRAM JATI DIRI (HATI KE HATI)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Minggu yang sangat sibuk dengan program tahun 6 di sekolah, dengan MGKK daerah dan program luar.

Tapi cikgu cuba sebaik mungkin untuk selesaikan satu persatu.

Selama 3 hari ini cikgu bawa 4 orang murid ke Kemah batu 13, ayer hitam Muar Johor. Tiap daerah kena hantar 8 orang murid yang dikenalpasti.................................. jadinya 10 daerah lah ye..kami bergabung bersatu membantu anak-anak ini.

Modul untuk program ini cikgu ada jadi jika ada cikgu-cikgu kaunseling yang mahukan modul ini boleh email pada cikgu ya.

Cikgu tak boleh cerita lanjut berkaitan program ini kerana ini khas untuk murid-murid hard core... tengok gambar sajelah ye..mungkin gambar boleh bercerita..hehehhe





























Read More...

Menghasilkan produk dari bahan terbuang(program selepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu uruskan program selepas UPSR dan laksanakan aktiviti penghasilan produk. Cikgu dapat kerjasama yang sangat baik dari panitia sains.

Dalam setiap kelompok iaitu 10 kumpulan murid perlu hasilkan sebarang produk seperti cawan, pinggan, dulang dan sebagainya dari bahan utama iaitu SURAT KHABAR.

3 hari lepas cikgu sudah maklumkan pada murid untuk bawa:
-surat khabar
-objek
-gam
-kaler air

Cikgu juga sediakan:
-beberapa objek seperti cawan dan pinggan
-gam yang cikgu buat guna tepung ubi






Read More...