27.6.13

KURSUS ASAS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SR KOTA TINGGI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu usah sahaja kursus asas untuk PRS daerah bagi sekolah rendah.

Cikgu juga menyampaikan beberapa ceramah modul iaitu:
-kemahiran komunikasi
-kemahiran mendengar
-kemahiran mendapatkan maklumat

dan ada beberapa LDK yang dijalankan antaranya=
-rantaian nota
-telurku hak ku
-topi diraja
-Belon ajaib

kemudian last sekali CIkgu Nordin pula sambung kepdaa 1 LDK yang cikgu lupa namanya ..tapi cikgu namakan paku berdiri.hehhehe

Moga ahli PRS yang baru ini dapat lebih memahami konsep asas PRS yang betul dan menjalankan amanah yang diberikan.














 


Read More...

24.6.13

KONVENSYEN KAUNSELING NEGERI JOHOR+PAMERAN KERJAYA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu hadiri konvensyen kaunseling negeri johor. Dalam masa yang sama ada pameran kerjaya dari IPTS.

Tempat: Persada Convensyen Johor

Terlebih dahulu mohon maaf kerana banyak gambar yang tidak dapat diambil memandangkan sepanjang hari cikgu berada di belakang dewan menguruskan sijil dan hadiah2.

Mulanya program adalah taklimat ringkas dari IPTS2 yang terlibat dengan pameran kerjaya. Kemudian ceramah dan mesyuarat.

Terkilan juga rasanya tak dapat mengikuti sepenuhnya konvensyen ini. Tapi cikgu bersyukur juga kerana banyak menimba pengalaman selaku AJK hadiah dan cenderamata..

Ini jelah gambar yang sempat cikgu ambik dari jauh..







Read More...

PROGRAM GENERASIKU SIHAT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu nak perkenalkan 1 program terbaru di sekolah cikgu iaitu GENERASIKU SIHAT.

Ini adalah hasil gabungan unit bimbingan kaunseling dan klinik kesihatan bandar mas.

Program generasiku sihat ini terbahagi kepada 2 program yang melibatkan murid-murid merokok dan murid obesiti. Cikgu sudah mengenal pasti seramai 6 orang murid yang terlibat dengan merokok dan 18 orang murid obesiti.

Aktiviti berjalan sepanjang Jun hingga September. Antara aktivtinya ialah erobik, joging, penggunaan alatan senaman, dan camping.

Hadiah diberikan kepada murid-murid yang berjaya menurunkan berat badan!

Mari lihat aktiviti erobik pada hari selasa semalam.


Read More...

MESYUARAT PERTANDINGAN MY TALENT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Hari ini jam 2.30 cikgu ada mesyuarat untuk semua AJK bagi pertandingan My Talent Daerah. Para pemenang akan terus ke peringkat negeri . InsyaAllah akan dilaksanakan selepas upsr kelak. Sebab itu sasaran utama pertandingan ini ialah untuk murid tahun 6 dan murid tingkatan 6.

Acara yang dipertandingakn pula ialah:
-Motivator muda
-Poster

Read More...

KURSUS PENGKARYA GURU SIRI 3

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu usai sudah menghadiri kursus pengkarya guru siri ke 3. Alhamdulillah. Tinggal lagi 1 siri je. InsyaAllah dengarnya siri terakhir akan dibuat di Putrajaya kerana ada pameran buku sekali akan dibuat. Nak menunjukkan kepada KPM lah tu buku yang dihasilkan oleh para pendidik.hehheee...

Alhamdulillah juga cikgu sudah berjaya menyiapkan buku cikgu. Harap memenuhi citarasa dan kehendak penerbit lah ya.


Read More...

BULETIN KAUNSELING

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Maaflah lambat cikgu nak upload majalah buletin kali ini. Untuk bulan jun sudah siap. Cikgu baru je nak berjinak-jinak menghasilkan buletin kaunseling. Meh tengok buletin yang cikgu sudah hasilkan dari bulan januari hingga jun..


Read More...

KAD PERKHIDMATAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Haaaa hari ini cikgu nak kongsi sesuatu kepada anak-anak semua. Cikgu sudah hasilkan kad perkhidmatan BNK!

Ok, sangat cantik dan sangat comel ye. Buat sendiri ok, kalau lah ada insan yang sudi hadiahkan cikgu kad perkhidmatan kan bagus. Alhamdulillah..hehhee..Kad ini akan diagih-agihkan kepada semua warga sekolah. InsyaAllah dalam perancangan cikgu.

Didalam kad ada tertulis bagaimanakah caranya untuk menghubungi cikgu dan mendapatkan maklumat berkaitan BNK.. mari tengok

Read More...

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN SIRI 2

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini sekolah telah mengadakan satu bentuk program yang melibatkan ibu bapa. Sebelum ini program akujanji telah dibuat. Kiranya ini program kedualah yang melibatkan ibu bapa yang ramai.

Program motivasi ini gabungan dari pihak sekolah dan pihak Yayasan MARA. Semua yayasan yang sumbangkan termasuk penceramah. Terima kasih banyak-banyak. Pihak sekolah terhutang budi.




Read More...

PROGRAM PENINGKATAN KEPROFESIONALISME KAUNSELOR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat ya. Hari ini cikgu hadiri Program Peningkatan Keprofesionalisme Kaunselor. Banyak aktiviti yang diatur. Tapi yang paling utama ialah perkongsian ATTITUDE IS EVERYTHING. Ia disampaikan oleh Prod.Madya.Dr. Syed Mohamed Shafeq bin Syed Mansor, pensyarah fakulti pendidikan UTM skudai.

Tarikh:22 Mei 2013
Tempat: PPD Kota Tinggi
Sasaran:Guru BNK SMK dan SR

Mari lihat gambar-gambar yang berjaya cikgu ambil.











Read More...