31.1.12

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua...pada 14hb1 (Sabtu) telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas 2012 untuk tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan iaitu:

-Program ceramah kepimpinan
-Taklimat ringkas tugasan pengawas
-Praktikal  pengerusi majlis, ucapan, menaikkan bendera, bacaan ikrar dan doa.

PENGAWAS BERDISIPLIN TERAS PEMACU SEKOLAH


Read More...

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, KETUA DARJAH, P/KETUA DARJAH, DAN PERPUSTAKAWAN 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Pada 11hb1 (Rabu) telah diadakan majlis perlantikan bagi pengawas, ketua darjah, p/ketua darjah dan perpustakawan sesi 2012.

Penyerahan sijil perlantikan, name tag dan bacaan ikrar mewarnai suasana sepanjang majlis berlangsung. Moga kamu semua dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh!..Mari kita sama-sama lihat ya (^_^)


Read More...

BERAKHIRNYA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum..alhamdulillah berakhir sudah program transisi murid tahun 1 SK Bandar Mas bagi tahun 2012. Tahniah kepada guru-guru tahun 1 yang bertungkus lumus sepanjang program transisi berlangsung.

Murid-murid telah diperkenalkan dengan suasana sekolah, guru-guru, nyanyian lagu sekolah dan peraturan sekolah. Diharap adik2 ini dapat menerima suasana baru dengan baik ya. Mari kita lihat suasana sepanjang program ini berlangsung...

Read More...

8.1.12

RAPTAI MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, PERPUSTAWAN, KETUA DARJAH DAN PENOLONG 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Pada 6/1/2012 (Jumaat) telah diadakan sesi raptai bagi majlis perlantikan pengawas, pustakawan, ketua darjah dan penolong  sesi 2012.. susunan kedudukan, cari masuk dan keluar barisan, cara berdiri hormat, cara mengambil sijil, dan bacaan ikrar telah diajar. Majlis tersebut akan diadakan pada perhimpunan rasmi sekolah isnin ini 9/1/2012. Semoga majlis dapat berjalan dengan lancar..aminn

Diharapkan kepimpinan yang baru ini dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah dengan baik.


Read More...

SKBM MENGUNGGULI JOHAN ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI JOHOR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Salam ceria dan salam 1 Malaysia..

Moga hari yang indah (ditemani hujan lebat dari semalam lagi) membawa seribu keberkatan pada kita.. Em bila sebut tentang hujan ni cepat-cepatlah kamu semua berdoa. Doa yang mudah makbul salah satunya pada waktu hujan.. jom kita berdoa!

Hari ni cikgu nak berkongsi dengan kamu tentang kejayaan sekolah kita. Sekolah Kebangsaan Bandar Mas telah mendapat tempat pertama bagi Anugerah Kokurikulum Negeri Johor. Pelbagai anugerah telah pihak sekolah menangi.Khasnya kepada pasukan PENGANGKAP sekolah kita yang sememangnya sangat-sangat aktif di negeri johor ini.Tahniah kepada seluruh warga sekolah!!!!

Moga kejayaan ini dapat diteruskan pada sesi akan datang..
Read More...

SESI PERSEKOLAH 2012 YANG BARU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Welcome back! (^_^)
Wah perhimpunan hari ni 4/1/2011 berwajah baru..hehhe.. maksud cikgu baju baru, kasut baru, beg baru dan pastinya semangat baru!

Kali ini ibu bapa dibolehkan untuk menghantar anak-anak masuk ke kawasan sekolah..yang diberi keutamaan tentunya murid tahun 1 dan pra sekolah.

Pagi-pagi lagi sebelum pukul 7 Guru Besar telah menunggu ibu bapa di hadapan pintu sekolah. Program Guru Penyayang ini bertujuan untuk kita mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke sekolah dan merapatkan lagi hubungan dengan penjaga.

Perhimpunan pertama kali bagi tahun 2012 ini juga telah terisi dengan penerangan undang-undang sekolah dan peraturan sekolah agar murid-murid tidak lupa dan akur pada peraturan yang telah ditetapkan kerana adanya perubahan dari segi waktu balik sekolah dan waktu rehat..

Semoga tahun 2012 ini membawa erti yang sangat besar buat warga SKBM.

Read More...

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Salam ceria dan salam 1 Malaysia.. Sudah lama cikgu tak update blog UBK ni kan.. Ada banyak gambar-gambar aktiviti yang cikgu sempat ambil tp kesempatan nak update blog tu belum terisi. Kengkadang sampai lupa tarikh program tu bila.. Isk..isk..

Em, masa cuti sekolah (lupa lagi tarikhnya tp seminggu sebelum naik sekolah) telag diadakan majlis pendaftaran bagi murid-murid tahun 1 dan juga pra sekolah. Cikgu dipertanggungjawabkan untuk menjadi MC. Seronok!..

Alhamdulillah rezeki murid-murid tahun 1 2012 ni YAYASAN FELDA telah memberikan barangan persekolahan buat mereka iaitu:
-Beg sekolah
-Kasut
-2 Baju sekolah
-Stokin

Diharap dengan bantuan ini dapat meringkan bebanan ibu bapa ya.. mari kita lihat suasana sewaktu pendaftaran di sekolah..


Read More...