22.11.11

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Kelas Rancangan Khas - KRKIni memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK  ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.

Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).

Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
  • Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Keputusan UPSR serta salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon yang telah disahkan.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang ada menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) ini boleh disemak melalui sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR tahun 2011 diumumkan.
  • Permohonan lewat tidak akan dilayan

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan KRK boleh disemak di laman web Jabatan Pelajaran Negeri mulai 21 Disember 2011 dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah melalui sekolah asal pemohon.

Read More...

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DI ITQAN,MAAHAD & SMASKP SESI 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN :

Program ini akan ditawarkan di sekolah-sekolah berikut :

Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh (LELAKI SAHAJA)
Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh (LELAKI SAHAJA)
Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Selaru (PEREMPUAN SAHAJA)

  1. Calon, ibu dan bapa hendaklah WARGANEGARA MALAYSIA.
  2. Calon adalah ANAK KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN.
  3. Ibu atau bapa kepada calon adalah KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN.
  4. Ibu dan bapa yang BUKAN KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN tetapi telahBERMASTAUTIN TIDAK KURANG DARI 7 TAHUN di Negeri Sembilan boleh memohon.
  5. Calon terdiri daripada pelajar LELAKI DAN PEREMPUAN.
  6. Calon mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2011 dan4A 4B dalam keputusan UPKK/UPSRA di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan sahaja.
  7. Calon mesti boleh membaca Al-Quran, menulis dan membaca jawi dengan baik.
  8. Calon hendaklah LULUS dalam UJIAN BERTULIS dan UJIAN MEMBACA AL-QURAN yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada masa yang akan ditentukan kemudian.
  9. Calon yang berjaya DIWAJIBKAN meneruskan pengajian sehingga ke peringkat DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN.
  10. Calon juga hendaklah MELEPASI SEMUA UJIAN dalam "Kursus Intensif Kelayakan" yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

14 Hari (2 Minggu) selepas keputusan UPSR diumumkan

BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI :

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,

Telefon : 06-767 2825/2985/2831

* Sila bawa slip keputusan UPSR 2011 bersama semasa mengambil borang. 
Read More...

21.11.11

PERMOHONAN KE MRSM 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa pelajar-pelajar tahun 6, 2011 untuk kemasukan Tingkatan 1 2012,MRSM di seluruh semenanjung Malaysia.

Pelajar yang berminat boleh menghubungi Pejabat Mara yang berhampiran dan datang sendiri bersama penjaga mereka dengan membawa  salinan surat beranak,  dan salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.

Anak-anak juga perlu mengisi borang secara online.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA :
http://www.mara.gov.my  
Tarikh tutup permohonan secara online pada 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar borang permohonan pada 5 Disember 2011.
Read More...

17.11.11

PENYERAHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Kebanyakan ibu bapa ramai tak sabar untuk mendapatkan wang RM100 yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Alhamdulillah wang itu sudah diterima dan 1 majlis khas untuk penyerahan yang dirasmikan oleh Dato' Azalina pada 17/11/2011 (khamis) jam 3.00pm mengundang rasa gembira ibu bapa.

Tetapi diingatkan kepada ibu bapa bahawa wang itu adalah hak anak-anak kita. Gunakan lah sebaik mungkin sama ada untuk simpanan anak-anak, atau belian kelengkapan sekolah. Moga sedikit sebanyak duit ini akan membantu ibu bapa merancang persekolahan anak-anak pada kenaikkan awal tahun depan.


Read More...

KEPUTUSAN UPSR 2011

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan salam mesra seisi alam kepada murid-murid cikgu. Apa khabar anda semua? moga kita sentiasa menjadi insan cemerlang hari ini dan hari-hari seterusnya.

Alhamdulillah hari ini 17/11/2011 (khamis) keputusan UPSR telah keluar dan diumumkan di dewan sekolah cikgu. Pastinya bukan sahaja perasana murid-murid yang cemas, resah, gelisah tetapi juga sudah pasti guru-guru setiap mata pelajaran lebih gundah gulana...

5A: 11 orang
4A 1B : 14 orang

Ada yang menangis, ada yang senyum penuh gembira dan ada yang termenung. Itu yang cikgu dapat lihat di wajah kamu semua. Walau apa pun keputusan kamu sama ada kurang bernasib baik atau berjaya itulah kemampuan kamu. Masih panjang lagi langkah kamu kerana itu jangan putus asa dan jangan putus berharap untuk terus berjaya. Jadikan keputusan hari ini sebagai pemangkin azimat buat diri kamu.Setiap insan berhak untuk merasai kejayaan dan kebahagiaan. Jika bukan hari ini pasti esok lusa bahkan 3,4 tahun lagi. ALLAH itu Maha Adil murid-muridku. Usaha..dan lebih usaha..Lipat gandakan usaha kamu semua. InsyaALLAH cikgu doakan impian kamu akan berjaya untuk PMR kelak..

Tahniah kepada yang berjaya. Jadikan ini sebagai kejayaan pertama kamu untuk terus melangkah ke menara.

Berusaha kepada yang kurang bernasib baik. Nasib kamu akan terbela suatu hari nanti sesuai dengan kemampuan yang kamu tunjukkan..






Read More...

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR TAHUN 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog cikgu.. Program Selepas UPSR telah tamat dan pelbagai aktiviti yang telah cikgu rancangkan. ALhamdulillah segala aktiviti berjaya dilaksanakan berkat kerjasama semua guru-guru SK Bandar Mas. 

Gambar sepanjang program jamuan tidak banyak yang cikgu boleh pamirkan disini kerana cikgu terdelete gambar itu secara tidak snegaja...sedih rasa :'(

cikgu turut sertakan senarai keputusan bagi pemenang-pemenang setiap pertandingan.







Read More...

PEMASANGAN LOGO 1 MALAYSIA!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semua sihat-sihat belaka ya (^_^)
Untuk makluman pada 14/11/2011 (isnin) telah diadakan Pelancaran  pemasangan logo bendera 1 Malaysia..iaitu logo batu besar yang berbentuk huruf 1 dan ada lambang bendera Malaysia.Pastinya logo 1 Malaysia ini sudah dikenali oleh semua rakyat Malaysia kan..

Pelancaran ini bersempena dengan program kelab rukunegara..emm..kenapa cikgu pamerkan? iyalah cikgu salah seorang guru kelab rukunegara juga (^_^) hehehehehe...

Cantik tau batu bentuk logo ini. Cikgu tempah 3..1 batu tu dalam RM50.00. Cikgu tempah dengan pakcik di Felda Sening..urrr berat batu tu..bila bawa 3 siap dengan tapak terus mendak kereta comei cikgu tu..hehehehee

Ok, mari kita lihat pelancaran program ini




Read More...

11.11.11

LAWATAN KE SK TAMAN PELANGI INDAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualiakum kepada pembaca blog cikgu.. haa..sempena hujung minggu ni cikgu ambil kesempatan untuk pergi ke SK Taman Pelangi Indah.. Sekolah yang pada cikgu sangat hebat, sehebat guru bimbingan kaunselingnya iaitu kak Uji..

Banayk yang cikgu pelajari sama ada dari segi pengurusan fail, dekorasi, pemantauan dan sebagainya.. Sanagt berterima kasih pada kak uji kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya..saya sangat hargai.. saya dah pon jadikan kak uji sebagai role model saya..harap akak akan terus berusaha ya!

Masuk ni dah 2 sekolah cikgu serang!..heheh 1st SK Semenchu dan kedua SK Taman Pelangi Indah.. Dua sekolah yang hebat!!

p/s: cikgu main serang jer datang sekolah ni..heheh






Read More...

SEMAKAN RESULT EXAM ANAK-ANAK ANDA..

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Ibubapa yang ingin semak keputusan peperiksaan anak-anak


 sila kehttp://saps.moe.gov.my/ dan pilih SEMAKAN IBU BAPA 


(Pastikan anda tahu No.KP anak-anak/waris anda). Bagi 


konsultasi anak-anak, boleh terus berhubung dengan GBKSR di


 sekolah mereka.
Read More...

3.11.11

Lawatan (Program selepas UPSR 2011)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Semoga sihat semua ya (^_^)

Pada 25/10/2011 (Selasa) telah diadakan Program lawatan untuk murid-murid tahun 6. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah:
-Muzium Kota Tinggi
-Akuaria Johor (Library Johor)
-Zoo Johor
-Senai Airport
-Kilang Coklat Apollo

Read More...

PROGRAM PANITIA BI (Program selepas UPSR 2011)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua.

Pada 27-28/10/2011 (Khamis-Jumaat) telah diadakan program Panitia BI sempena Program Selepas UPSR.
Panitia Bahasa Inggeris telah merangka aktiviti untuk murid-murid tahun 6 dengan menyiapkan board motivation word.



Read More...

Program Panitia Bahasa Melayu (Program selepas UPSR 2011)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua murid-murid cikgu.. Harap semua sihat ya. Sekarang musim hujan, elakkan bermain diluar rumah pada waktu hujan. Cikgu pun dah mula kena serangan selesema ni. Minta-minta lah cepat baik..

Ok, pada 24/0/2011 (Isnin) telah diadakan program Panitia Bahasa Melayu untuk Program Selepas UPSR. Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti secara individu dimana murid-murid tahun 6 dikehendaki mencipta sebuah kad dan menulis menggunkana tulisan berangkai. Mari kita lihat hasil mereka.




Read More...

Program Panitia Sainss dah siap (Program selepas UPSR 2011)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Diharap kita semua berada di dalam keadaaan sihat hendaknya..ceh, macam tulis surat pulak yer..hehehehheee..aminnnn

Pada 21/10/2011 hari tu telah diadakan program Panitia Sains.. Murid tahun 6 telah diarahkan membuat sebuah akuarium. Cikgu dah pun sertakan gambar-gambar sepanjang program berjalan..

Kali ni cikgu nak kamu semua lihat hasil kreativiti murid-murid tahun 6 setelah mereka berjaya menyiapkan akuarium yang cantik ini.. sangat-sangat cantik.. tak caya meh tengok


Read More...