20.10.11

AKTIVITI PANITIA SAINS (Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum


Terlebih dulu marilah sama-sama kita berdoa agar perjalanan Cikgu Fadilah dan Cikgu Robakyah dipermudahkan oleh ALLAH dan mendapat Haji yang mabrur..amin... teringat pula cikgu pada mereka.. Hari ni 20/10/2011 (Khamis) adalah hari pemergian mereka ke tanah suci..


Baiklah, hari ini telah diadakan aktiviti bagi panitia sains. Murid-murid dalam kumpulan masing-masing perlu menyiapkan sebuah akuarium yang cantik.. Contoh dan lampiran cara kerja telah diberikan..


Mari kita lihat aksi permulaan..heheeh... murid-murid menghasilkan akuarium ini.. Esok cikgu pamerkan pula hasil mereka ya..







Read More...

CERAMAH RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA (Program selepas UPSR 2011)

Salam ceria, salam penuh kesyukuran kita sama-sama panjatkan kehadrat iilahi..moga-moga kita diberi lebih kekuatan dan kesihatan untuk lebih beribadah dan melaksana tugasan dengan lebih baik..


Ok, pada 19/10/2011 (Rabu) telah diadakan ceramah bertajuk Rahsia Pelajar Luar Biasa. Cikgu telah menjemput Cikgu Miskun iaitu kaunselor SMK Air Tawar untuk memberikan input yang berguna kepada murid-murid semua.


Alhamdulillah cikgu lihat sepanjang program ceramah ini berjalan murid-murid telah memberikan respon yang baik menandakan murid-murid memberikan perhatian terhadap tajuk yang diperbincangkan hari ini.






Read More...

CERAMAH PERANCANGAN KERJAYA: DIMANA PATUT SAYA MULA (Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum..cikgu doakan kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus beramal dan melaksana tugas kita dengan penuh ikhlas..aminn

Ok, 18/10/2011 (Selasa) selepas ceramah dari pihak INSTEDT, murid tahun 6 telah diberikan 1 lagi ceramah bertajuk Perancangan Kerjaya: Dimana Patut Saya Mula?

Penceramah ini iaitu Cikgu Esham merupakan Kaunselor dari SMK Tun Habab iaitu sebuah sekolah kawalan di daerah Kota Tinggi ini.

Cikgu harap dengan penjelasan dan info-info berguna dari Cikgu Esham berkaitan SBP dan sekolah kawalan dapat membantu murid dalam membuat pilihan.




Read More...

CERAMAH KESIHATAN DAN PAMERAN KESIHATAN (Program selepas UPSR 2011)

SALAM PENUH SYUKUR DAN SALAM CERIA KEPADA PEMBACA BLOG CIKGU


Program selepas UPSR diteruskan lagi dengan aktiviti ceramah. Kali ini pada 18/10/2011 (selasa) telah diadakan ceramah bertajuk Kesihatan dan pameran kesihatan. Cikgu telah menjemput wakil dari pihak INSTEDT (Institut Teknologi Darul Ta'zim) untuk memberikan ceramah berkaitan kesihatan kepada murid-murid. Dalam masa yang sama jugapihak INSTEDT turut mengadakan pameran-pameran kepada murid-murid.


Cikgu nak ucapkan terima kasih kepada pihak INSTEDT di atas kerjasama yang diberikan memandangkan ini adalah program pertama sekolah cikgu bersama pihak INSTEDT.






Read More...

CERAMAH AWAL REMAJA (Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum dan ceria-ceria hendaknya.. bersamalah kita mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi nafas untuk kita saling beramal..so, senyumlah pada cikgu dengan semanis senyuman yang kamu ada..pahala tu..hehehe


Ok, pada 7/10/2011 (isnin) telah diadakan program ceramah bertajuk Awal Remaja: Persediaan Melangkah Kealam Remaja


Penceramah jemputan ialah Cikgu Arifin iaitu kaunselor dari SMKA Bandar Penawar..





Read More...

HASIL MODEL 3D (Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum semua..


Isk, tak sabarnya cikgu  nak tunjukkan hasil murid-murid cikgu dalam membuat model 3D yang dibuat oleh panitia matematik.. Sangat kreatif!


Payah ni nak tentukan pemenang..hehehe.. kalau ada yang nak tolong pilihkan pemenang boleh juga..hehehe









Read More...

AKTIVITI PANITIA MATEMATIK (Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum kepada murid-murid cikgu, moga kita masih sihat dan terus diberi kesihatan yang baik ya..


ok, pada 14/10/2011 (Jumaat) merupakan aktiviti panitia matematik. Murid di dalam kumpulan perlu menyiapkan model berbentuk 3D. Macam-macam kreativiti dipamerkan..mari lihat beberapa gambar yang cikgu ambil sewaktu mereka semua sedang dalam fasa  permulaan menyiapkan model 3d ini..



Read More...

AKTIVITI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP(Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu (^_^)


Hari ini 1/10/2011 (Selasa) telah diadakan aktiviti bagi panitia kemahiran hidup. Murid-murid dalam kumpulan yang telah diberi dikehendaki menyiapkan 4 model.. model telah cikgu berikan dan ikut kreativiti murid-murid bagaimana mahu model itu lebih cantik dan kreatif dari kumpulan lain..hehhehe




Read More...

KURSUS ICT fasa 2(Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum semua..seperti yang cikgu maklumkan sebelum ini pada 13/10/2011 (khamis) giliran pelajar lelaki pula untuk mengikuti kursus ICT di Kolej Komuniti Bandar Penawar. Mereka diajar dari basic, sejarah komputer, word, picture dan emmbuat schadule..


Semoga ilmu yang dipelajari snagat berguna dan dapat membantu kamu semua kelak..aminnn


Read More...

KURSUS ICT (Program selepas UPSR 2011)

Asalamualaikum semua..Sedekahkanlah senyuman yang manis kepada cikgu ya (^_^) yalah, kita semua kena saling mengejar pahala..hehheh


Ok, untuk program selepas UPSR kali ini cikgu telah mengatur 1 kursus untuk murid-murid tahun 6. Pada mulanya cikgu dah berjanji dengan kamu untuk kita belajar bakeri..nyum2..nyum2.. cedapnyer..huhuh


Tapi sayang tenaga pengajarnya bersalin pula, so cikgu pun tukar kepada kursus ICT.. Berikut Agenda Programnya ya:


Lokasi: Kolej Kominiti Bandar Penawar
Tarikh :12-13/10/2011


Tapi..tapi..tapi..haaa.. ianya dibuat 2 hari dan hari pertama bagi murid perempuan dan hari kedua bagi murid lelaki. Mari kita lihat suasana murid-murid perempuan sedang berkursus ya..heheheh


Read More...

AKTIVITI PANITIA AGAMA ISLAM (Program selepas UPSR)

Salam seisi alam..bertemu kembali kita bersama nafas kehidupan yang baru (^_^)


Pada 10/10/2011 (Isnin) telah diadakan aktiviti panitia agama islam sempena program selepas UPSR.. Kali ini mereka berkumpulan dikehendaki menyiapkan buku skrap berdasarkan tajuk2 yang telah diberikan oleh Ustazah Salwah.. Cantik2 tulisan jawi kamu semua (^_^)



Read More...

AKTIVITI PANITIA PJ (Program selepas UPSR)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu..


Hari yang sibuk..hehhee..memandangkan hari-hari ada saja aktiviti yang direncanakan untuk murid tahun 6. Ok, aktiviti sukan telah pun berjalan dengan baik dan pertandingan sukan juga tela berjaya dilaksanakan. Kini giliran panitia pula..hehehe


Ok, pada 7/10/2011 (Jumaat) telah diadakan aktiviti bagi panatia pendidikan jasmani dan kesihatan. Cikgu Farhana telah menganjurkan 1 aktiviti menarik yang dinamakan tresure hunt!!


Tapi untuk aktiviti ini cikgu tak dapat lah ambik banyak gambar memandangkan cikgu sedang mesyuarat bersama pentadbir.. Hanya 2 gambar saja sempat cikgu tangkap...hehehhe..


Cikgu juga turut membantu Cikgu Farhana menyembunyikan noted2 ini di tempat yang tersorak..hehehehe
Read More...

8.10.11

PROGRAM BIRO TATANEGARA 1 MALAYSIA

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Moga ceria di hari yang baik ini. Em..dah berapa hari bila petang aja hujan sampai ke malam..

Hari ini 8 Oktober 2011 (Sabtu) telah diadakan Program Seminar Biro Tatanegara 1 Malaysia kahs untuk guru-guru. Yang dah kena pi BTN pon kena hadir juga ceramah ini..Hahahhaaa... :p

Ok, berikut adalah aturcara program:

8.30 - 8.40 : Bacaan Doa dan Perasmian oleh Guru Besar
8.40 - 10.30: Ceramah Perlembagaan (Abdul Hamid b. Abdul Rahim)
10.30 - 11.00: Rehat dan Sarapan
11.00-1.00 : Ceramah Gagasan 1 Malaysia, Menuju Ke arah Negara Maju (Adi Putra b. Daros)
1.00            : Makan Tengah Hari dan Bersurai

Ucapan terima kasih juga kepada Encik Ardi Putra kerana sudi memberikan beg, bendera, buku dan pelekat 1 Malaysia kepada semua guru-guru.

Kita berjumpa lagi ya di lain masa (^_^)







Read More...

6.10.11

PERTANDINGAN BOLA BALING (PROGRAM SELEPAS UPSR)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Hari ini di sekolah tentunya murid-murid tahun 6 saling bekerjasama antara mereka untuk memenangi pertandingan bola baling mengikut kumpulan yang telah cikgu bagi sebelum ini.

P/S: Kumpulan bola baling ini sama dengan kumpulan bola jaring & futsal sebelum ni tau.

Ok, perlawanan diadakan pada 5-6 Oktober 2011. Kepada semua murid, lakukan aksi yang terbaik untuk melayakkan kumpulan kamu menjadi JOHAN!

Terima kasih kepada para hakim cikgu farhana, cikgu masliah, cikgu azmi dan cikgu zikery atas sumbangan anda.


Read More...