23.9.11

SAMBUTAN HARI RAYA SKBM 2011

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Salam ceria dan salam 1 Malaysia.

Hari ini 23/9/2011 (Jumaat) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah tahun 2011. Cikgu telah diamanahkan untuk menguruskan bahagian persembahan. Jadi, sepanjang majlis tersebut antara persembahan yang telah berjaya dilaksanakan ialah:

-Persembahan murid-murid LINUS
-Persembahan Johan Nyanyian Lagu Raya
-Persembahan Naib Johan Nyanyian Lagu Raya
-Persembahan Ketiga Nyanyian Lagu Raya

Ada juga persembahan daripada wakil guru-guru yang terdiri daripada Cikgu Hazil, Cikgu Zakery dan Cikgu Arshad. Persembahan yang sangat menghiburkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN



Read More...

PERTANDINGAN LAGU HARI RAYA(PROGRAM LEPAS UPSR)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap sihat ya.

Program Selepas UPSR telah mula berjalan. Sepanjang minggu ini telah diadakan Latihan Lagu Hari Raya dan pada 24/9/2011 -Khamis- telah diadakan pertandingan tersebut. Sebanyak 7 Kumpulan yang dipertandingkan antaranya:

-Kumpulan Lemang Hangus
-Kumpulan Merdeka Raya
-Kumpulan Kecohnya Raya
-Kumpulan Fantasia Raya
-Kumpulan Fantastika Raya
-dan 2 kumpulan yang lain

Keputusannya:
1)Kecohnya Raya
2)Lemang Hangus
3)Merdeka Raya

Mari kita lihat aksi peserta-peserta..hehhee..









Read More...

20.9.11

SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2011

Asalamualaikum semua.
Salam ceria dan salam 1 Malaysia. Merdeka!  Merdeka! uiks semangatnya cikgu .hehehe.
Sekolah sudah pun melaksana perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah sebelum ini. Kali ini pada 19/9/2011 (Isnin) telah diadakan pula Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

Antara aktiviti bulan kemerdekaan yang dipertandingkan ialah:
-Menampal bagi Pra PKBP/PKBP
-Mewarna tahap 1
-Mendeklamasi puisi tahap 2
-Koir lagu patriotik
-Pameran
-Pakaian Kreatif dan beragam bagi pra sekolah.

Semua aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Penutupan pada kali ini turut menyaksikan persembahan murid pra sekolah bergaya dengan pakaian kreatif masing-masing.

Cikgu nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang perlaksanaan bulan kemerdekaan negara ke 54 peringkat sekolah.

Mari kita sama-sama lihat aktiviti sepanjang program tersebut (^_^)




Read More...

13.9.11

TERIMA KASIH IBU BAPA MURID TAHUN 6 ATAS KESUDIAN HADIR MENEMANI ANAK-ANAK DALAM UPSR

Asalamualaikum semua. Semua sudah maklumkan hari ini 13/9/2011 (Selasa) telah bermula peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6. Murid-murid telah diminta berkumpul di kantin sekolah untuk diberikan air mineral, alat tulis, air zam-zam , mendengar amanat terakhir dari Guru Besar dan bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa. Cikgu sangat terharu memandangkan ramainya ibu bapa yang hadir untuk menemani anak-anak mereka. Sayu hati cikgu dan rasa gembira sangat-sangat. Tentunya anak-anak ini akan lebih bersemangat kan? Sekali lagi cikgu nak ucapkan TERIMA KASIH kepada ibu bapa yang hadir.



Read More...

12.9.11

MESYUARAT PROGRAM SELEPAS UPSR 2011

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Tadi selepas waktu sekolah (12/9/2011 pukul 1.15) telah diadakan mesyuarat bersama AJK yang terlibat dalam program selepas UPSR. Pelbagai program telah diatur selama 9 minggu sebelum murid tahun 6 menamatkan persekolahan mereka. Diharapkan semua AJK dapat memberi kerjasama dan dapat memainkan peranan dalam tugasan yang telah diberikan. Terima kasih di atas idea dan penambah baikan yang diberikan pada mesyuarat tadi. Cikgu juga mohon diberi tunjuk ajar jika ada kesilapan atau kekurangan memandangkan program ini pertama kali cikgu laksanakan. Program akan bermula pada 19/9/2011 dan tamat pada 18/1/2011.

Read More...

PROGRAM LUHUR BUDI 2011

Salam seisi alam dan salam ceria hendaknya.. (^_^)

Hari ini 12/9/2011 (Isnin) telah diadakan Program Luhur Budi bertempat di Kantin SKBM. Program Luhur Budi diadakan pada setiap tahun sebelum murid tahun 6 mengambil peperiksaan UPSR. Tujuan utama agar guru-guru dapat mengikhlaskan segala ilmu yang pernah dicurahkan dan murid dapat saling bermaafan dengan para guru. Acara dimulakan dengan ucapan Guru Besar, diikuti catatan / pesanan nota dari Guru Besar, GPK dan Guru Matapelajaran. Acara di akhiri dengan bacaan selawat dari murid tahun 5 Arif dan sesi bersalaman murid bersama guru. Unit BNK turut memberikan "Lolipop Flower" kepada semua murid tahun 6. Di harapakan semua guru dapat mengikhlaskan segala ilmu yang diberikan selama ini dan diharapakan murid-murid dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang.. Aminn..






Read More...

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH-TEMPAT KE 3 PERTUTURAN BERIRAMA

Asalamualaikum semua.

Pada 10/9/2011 (Sabtu) cikgu bersama seorang wakil murid telah hadir ke Majlis Sambutan Kemerdekaan Negara yang ke 54 di Padang bersebelahan Dewan Jubli Intan. Sekolah kita yang telah menyertai pertandingan pertuturan berirama telah mendapat tempat ketiga. Tahniah di atas pencapaian. InsyaALLAH kita cuba lagi pada tahun hadapan ya (^_^)





Read More...

8.9.11

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2011


Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah @ UPSR akan dijalankan pada 13 September 2011 hingga 15 September 2011. Di bawah ni Jadual Peperiksaan UPSR yang akan berlangsung seluruh negara.

SELASA 13 September 2011
08:15 pagi — 09:05 pagi –> Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 pagi — 11:00 pagi –> Bahasa Melayu Penulisan
11:45 pagi — 12:25 tengah hari –> Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011
08:15 pagi — 09:15 pagi –> Mathematics Kertas 1
09:55 pagi — 10:45 pagi –> Bahasa Cina Pemahaman / Bahasa Tamil Pemahaman
11:45 pagi — 01:00 petang –> Bahasa Cina Penulisan / Bahasa Tamil Penulisan

KHAMIS 15 September 2011
08:15 pagi — 09:30 pagi –> Science
10:15 pagi — 11:05 pagi –> Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 pagi — 01:00 petang –> Bahasa Inggeris Kertas 2
02:30 petang— 04:00 petang –> Ujian Aptitud Tahun Enam
Download jadual UPSR 2011. Klik Sini
P/s: Pastikan  tiba di Sekolah sebelum pukul 8.00 pagi ye. Tidur awal, pastikan bersarapan sebelum ke sekolah, doa banyak-banyak. Teringat plak zaman kecil-kecil dulu.. Heee. :)

Read More...

7.9.11

PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR 2011

Asalamualaikum kepada para pembaca blog cikgu. Hari ini 7 September 2011. Cikgu baru saja sampai ke rumah. Tadi petang sampai lah malam ni ada majlis kat sekolah cikgu. Program Solat Hajat untuk murid-murid yang akan menduduki UPSR tahun ini. Ibu bapa dijemput hadir bagi mendoakan kejayaan anak-anak dan bersama menunaikan solat hajat. Sedikit taklimat turut diberikan oleh wakil PIBG dan juga Tuan Guru Besar. Acara bersalaman diantara murid dengan ibu bapa dan guru turut diadakan agar semua pihak dapat mengikhlaskan diri dengan ilmu yang diajar dan dipelajari. Jamuan disediakan di akhir majlis.



Read More...

PROGRAM FELDA BERSAMA MURID TARGET

Asalamualaikum semua (^_^)

Cikgu harap semua sihat ya. Alhamdulillah lepas raya ni mesti kamu dapat banyak duit raya kan? seronok rasanya macam zaman cikgu kecil2 dulu..hehheee. Teringat tabung ayam cikgu..(^_^)

Ok, pada 6 September 2011 (Selasa) petang cikgu bersama GPK HEM dan wakil pengurus Felda Papan Timur telah menghantar seramai 10 orang murid target yang dijemput oleh pihak felda ke program felda bersama murid-murid target. Bertempat di Dewan Koperasi Felda Tunggal.

Antara agenda hari itu ialah:
-Ucapan dari pihak pengurusan Felda
-Ceramah motivasi oleh Pengurus Felda Adela
-Doa untuk murid tahun 6
-Pemberian duit raya..yahoooo! hehehee
-Jamuan makan



Read More...

3.9.11

20 TOP SCHOOLS IN MALAYSIA


These are the list of the 20 top schools in Malaysia. Check it out!
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.Heheheee
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru 
Read More...