30.7.11

LatIHaN PerTaNDiNgaN PerTuTuraN BeriRaMa

Salam ceria kepada semua. Hari ni 30hb Julai cikgu telah mengadakan latihan bagi pertandingan pertuturan berirama sempena hari kemerdekaan peringkat daerah. Cikgu sudah pun menyenaraikan nama peserta yang berjaya terpilih. Seramai 30 orang semuanya. Tapi latihan hari ini hanya 20 orang sahaja yang hadir. Namun mereka sangat bersemangat! itu yang cikgu suka.

Tak mengapa. Kita masih ada masa lagi. Cikgu harap skrip yang diberikan dapat dihafal. Hari ni cikgu ajar nada irama dalam ayat. Nampaknya murid-murid cikgu hebat-hebat belaka..(^_^) cepat belajar..

Setelah mendapat persetujuan ramai, kita kaan adakan latihan lagi pada sabtu depan.. cikgu tak mahu menggangu hari biasa murid -murid disekolah sebab ada kelas tution felda kan..nak pergi sekolah agam lagi. tent penat.

Tapi latihan cikgu ni tak ambil masa yang lama.. 2 jam saja.. dari pukul 8-10 pagi..

Kita jumpa sabtu depan ya (^_^)
Read More...

SeMinaR PemBangUnaN ProFEsioNaL GuRu BimBinGaN & KaUnSeLinG

Salam ceria dan salam 1 malaysia..

Pada 26-28 Julai 2011 bertempat di UPM Serdang, cikgu telah menghadiri Seminar Pembangunan Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan. Seminar ini dibuat di Dewan Besar, UPM. Cikgu mewakili daerah Kota Tinggi bagi sekolah rendah.  Selama 3 hari tu banyak info dan maklumat berguna yang cikgu perolehi. lebih penting adalah isu-isu berkaitan guru BNK yang sedang diperkatakan sekarang.

Ada 6 ceramah yang telah disampaikan oleh para penceramah undangan yang pakar dalam bidang masing-masing. Berikut adalah aturcara majlis:

CERAMAH 1- IPT DAN SEKOLAH: PELUANG DAN CABARAN oleh En. Asbullah Mohd Yusof


CERAMAH 2-KEMAHIRAN INSANIAH ASAS KECEMERLANGAN PROFESIONAL GURU oleh Prof.Madya Dr.Mohammad Shatar Sabran


CERAMAH 3-ENCHAUNCING SCHOOL COUNSELORS PROFESSIONALISM THROUGHT HUMAN GOVERNANCE oleh Prof.Dr.Arfah Salleh


CERAMAH 4-PENDEKATAN SENI EKSPRESIF DALAM KAUNSELING oleh Prof.Madya Dr.Rusnani Abdul Kadir


CERAMAH 5-THEORY OF CONSTRAINTS (TOC): '100 CLOUDS' MODULE AS A CURRENT APPROACH FOR GUIDANCE AND COUNSELING oleh Mrs.Khaw Choon Ean


CERAMAH 6-PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU KAUNSELING: HALA TUJU DAN KEPERLUAN KOMPETENSI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING oleh Hj.Aminudin Adam

Lawatan kampus turut diadakan ke beberapa fakulti terpilih mengikut kumpulan yang diberikan.

Malam terakhir telah diadakan malam ramah mesra dan makan-makan hasil pertanian UPM. Sedap-sedap tau (^_^)




Read More...

24.7.11

SeLaMaT MeNDuduKi UPPM 3 & UJIAN SETARA

Salam hari ahad. (^_^)

Di kesempatan ini cikgu nak ucapkan selamat menduduki UPPM 3 untuk murid-murid tahun 6 dan ujian setara pada 26-28 Julai 2011 ini. Lakukan dengan sebaik mungkin. Jangan lupa baca bismillah ya. Semua cikgu SKBM mendoakan kejayaan kamu. InsyaALLAH moga ALLAH membukakan pintu hati, terangi hati kamu, dipermudahkan dalam menjawab soalan, dipermudahkan jari jemari kamu untuk menulis, dikuatkan ingatan kamu, dipermudahkan mengingati apa yang kamu pelajari...aminnnnnn..


p/s : Ingat pesan cikgu time kat surau tu. Saling bermaafan dengan kawan2 yang pernah "tersinggung" atau kamu yang "menyinggung" ..(^_^)
Read More...

22.7.11

SeNaRai NaMa PeSerTa PeRtAnDinGan PeRTutuRAn BeRirAmA

Selamat petang semua (^_^)..

Di bawah adalah nama-nama murid yang terpilih memasuki pertandingan tersebut:

MURID KELAS 5A:
NURHAFIZAH
NADIA NATASHA
NURIZMILI
FARADHIYA
ANIS SYAZWANI
NURUL HUDA
NURSHAZWANI
UMI NAJIHAH
NORMAISARAH
AIN NORIZATY
AMIRAH SYAHIRAH
AHMAD NAQIB
FARISH
FAIQ AIMAN
AZARI ISA
BADRN ZIAT
IZZUDIN
AIMAN HAZIQ
LUQMAN
MUIZ


MURID KELAS 5B:
NAJWA
IZATY
ANIQ SYAKIRIN


MURID KELAS 4A:
NURANIS SYAFIQAH
HANIS NAFISAH
FARADILLA
FIRUS ALIAH
HANIS SOFIA
ILYA MAISARAH

Cikgu dah pun serahkan teks kepada kamu semua. Cikgu harap kamu dapat hafal teks tersebut pada masa cuti nanti. Latihan akan dilakukan selepas exam ya.. (^_^)
Read More...

SoLaT HaJaT, YaSiN & TazkIrAH MuRiD TaHUn 6 ^

Salam seisi alam. Kembali lagi cikgu hari ini dengan harapan murid-murid cikgu sihat-sihat belaka dan lebih giat berusaha dari semalam.

Ok pagi ni 22 Julai 2011 (Jumaat) murid darjah 6 mengadakan solat hajat dan bacaan yasin. Sememangnya ini adalah program yang pihak sekolah laksanakan bagi murid tahun 6 setiap kali hari jumaat. Selepas solat hajat kebiasaannya diselitkan dengan sedikit tazkirah.

Em, untuk hari ini giliran cikgu memberikan tazkirah. Tajuk pilihan cikgu ialah CINTA....

Suka betul ya kamu semua bila sebut tentang cinta ni.. Tapi cikgu bahagikan kepada 5 bahagian:

-CINTA KEPADA ALLAH
-CINTA KEPADA RASUL
-CINTA KEPADA IBU BAPA
-CINTA KEPADA UMMAH
-CINTA PADA KECEMERLANGAN..

kita jumpa di lain waktu ya.... Selamat beramal... ok mari kita lihat peristiwa hari ini (^_^)

Read More...

20.7.11

MoDuL 5 MiNiT BeNci ZiNA


Salam 1 Malaysia (^_^)

Hari ini hari rabu 20 Julai 2011. Bila sebut hari rabu bermakna apa murid-murid??

Tepat sekali! Modul benci zina..

Biasakan cikgu akan sampaikan maklumat berkaitan modul benci zina. Jadi untuk hari ini cikgu nak berkongsi dengan kamu semua tentang USAHA MENJAUHI DAN MEMBENCI ZINA DALAM MEMBANGUN MASYARAKAT YANG SIHAT.

Pointnyer ialah :

1- Menundukkan pandangan- Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. 

2- Memelihara aurat - Lelaki dari pusat ke lutut dan perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

3-Berurusan dengan batasan - Elakkan berpasangan lain jantina yang boleh menimbulkan fitnah. Elakkan juga berada di tempat yang sunyi dan gelap

4- Tidak melunakkan suara- jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja dan sederhana seperti biasa dan jangan bermanja-manja dan mengada-ngada.

Selamat beramal.. (^_^)
Read More...

19.7.11

PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR

 Asalamualaikum salam diberi,
Menjadi tradisi pembuka bicara...

Cewahhh..pantun 2 kerat pula cikgu kan. Hehehe.. Ok-ok tampa membuang masa, cikgu nak umumkan PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR. 


Sesiapa yang mahu menyertai peraduan menulis esei ini boleh mendapatkan maklumat daripada cikgu ya.. 


Atau yang malu nak berjumpa tu bolehlah lihat syarat-syarat pertandingan di bawah.



SYARAT-SYARAT PERADUAN

      i.        Peraduan ini terbuka kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah bantuan kerajaan.

     ii.        Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

    iii.        Peserta hanya boleh mengemukakan SATU  hasil karya dalam Bahasa Melayu.

    iv.        Peserta hendaklah menghantar hasil penulisan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’.

     v.        Kategori pertandingan:
  
·                    Murid Sekolah Rendah – Tahun 1 hingga Tahun 6.
 ( TIDAK kurang daripada 150 patah perkataan.)

    vi.        Jumlah perkataan mestilah dicatatkan pada penghujung hasil karya

   vii.        Nombor muka surat mestilah dicatat pada setiap helaian. JANGAN catat sebarang maklumat penulis di sebarang tempat dalam karya.

  viii.        Hasil karya hendakalah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial, bersaiz 12.

    ix.        Hasil karya hendaklah hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan.

     x.        Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.

    xi.        Latar belakang esei hendaklah berdasarkan Masyarakat Malaysia yang berfokuskan kepada kehidupan harmoni dan bersatu dalam kepelbagaian kaum.  Nilai-nilai murni harus diterapkan.

   xii.        Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan.

  xiii.        Maklumat penulis hendaklah diisi dengan lengkap dalam borang yang dilampirkan.

  xiv.        Tajuk/Tema/Jenis Esei

·                    Tajuk esei bebas.
·                    Tema esei ialah “ Membina Negara Bangsa “ dengan menerapkan konsep                           
            1 Malaysia”
·                    Jenis esei adalah untuk bacaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah. 

Dah siap boleh serahkan pada cikgu ya.. Sebab cikgu nak masukkan maklumat kamu di borang penyertaan.
Read More...

PERTANDINGAN PERTUTURAN BERIRAMA

Salam mesra kepada semua tetamu-tetamu blog cikgu. Apa yang kamu tahu bila tiba bulan 8??
Ya, betul. Hari merdeka!

Nampaknya, pertandingan sempena hari merdeka telah mula diadakan. Cikgu pun ada menguruskan beberapa pertandingan. Antara PERTANDINGAN PERTUTURAN BERIRAMA.  


InsyaALLAH, cikgu akan cuba laksanakan tanggungjawab ini semampu cikgu. Tadi cikgu dah pun faks borang penyertaan. Itu bermakna..... cikgu dah setuju untuk latih murid menyertai pertandingan ini.. Langkah cikgu yang pertama adalah memilih murid-murid yang ingin masuk pertandingan pertuturan berirama ini...


Temanya ialah
Membina Negara Bangsa,1Malaysia


Mari lihat syarat-syaratnya..


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka untuk murid Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6) saja. Ahli kumpulan/pasukan mestilah dari  sekolah yang sama.
-Pertandingan adalah secara kumpulan / pasukan di mana ahli-ahlinya dari sekolah yang sama.
Setiap kumpulan / pasukan mestilah terdiri daripada 30 hingga 35 orang murid  sahaja ( termasuk konduktor ).
-  Masa persembahan kumpulan / pasukan hanya dihadkan selama 7 minit sahaja.
Persembahan mestilah mempunyai tajuk yang dibina sendiri tetapi mestilah bersesuaian dengan tema yang ditetapkan.
Bahan / teks berbentuk prosa tetapi mesti mengandungi unsur-unsur puisi yang bersesuaian.
Bahan / teks mestilah dikarang / reka sendiri dan ’authentik’.
-Kumpulan/pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota / teks / bahan bercetak semasa membuat persembahan.
Bahan / teks yang dikarang / reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang.
-Bahan / teks yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.
Semua peserta termasuk konduktor mestilah memakai pakaian seragam  sekolah semasa pertandingan. Konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih. Pemakaian ‘bow’, jaket dan ‘blazer’ tidak dibenarkan.
-Sebarang alatan/sokongan seperti muzik, nyanyian, lakonan, berdrama, pakaian kostum, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak tidak dibenarkan .
i.          Gerakan fizikal peserta dan konduktor ( dari aras pinggang ke bawah ) hentakan kaki, gerakan ke kiri dan ke kanan serta berjalan-jalan dilarang sama sekali.
Susunan kumpulan / pasukan di pentas ditetapkan tiga tetingkat baris dan konduktor berada dalam jarak maksimum empat meter dari pentas .  


Sesiapa yang mahu masuk pertandingan ini cepat-cepatlah berjumpa cikgu ya. Cikgu mahukan 35 orang murid!!


Read More...

18.7.11

CanTiKnYA PostER DaDaH MuRiD SKBM

Salam..ceria -ceria selalu.. pagi ni murid tahap 2 sudah mula menghantar poster pertandingan dadah sempena PPda Negeri Johor 2011 yang cikgu sudah umukan pada minggu lepas.. cantik-cantik!! sememangnya murid SKBM berbakat!

Pihak sekolah akan memilih 3 poster terbaik bagi mewakili sekolah untuk dihantar ke PPD..

Ok. mari kita lihat antara poster yang sempa cikgu ambil gambar tadi ya....







Read More...

14.7.11

SuaSaNa Di BiLik BiMBinGaN

Hai..hai..hai.. salam seisi alam pada semua..smile! (^_^) (",)
Hehe.. pada waktu rehat bilik cikgu sering didatangi oleh murid-murid. Biasanya selepas mereka makan ada tinggal lagi beberapa minit mereka akan masuk ke teratak ini.

Ada yang baca buku, ada yang bertanyakan itu dan ini..

Mari lihat sama-sama ya...



Read More...

13.7.11

MiNda KeLas PeRdaNa

Salam 1 Malaysia pada semua. Moga murid cikgu sihat-sihat belaka terutama murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 2011..


Em, cikgu nak berkongsi dengan semua. Ada 7 orang murid yang diberikan ubat Hemeopathy dari FARMINA. Murid yang terlibat itu adalah dari kelas 6 Bestari. Ubat ini diharap dapat membantu mereka dalam menguasai pencapaian akademik mereka.

Gud luck semua! (^_^)
Read More...

12.7.11

PERTANDINGAN MENULIS ESEI,MELUKIS POSTER DAN BUKU SKRAP,PPDa NEGERI JOHOR 2011

Salam seisi alam.Moga semua ceria-ceria dan sihat ya. Kali ni cikgu nak umumkan tentang PERTANDINGAN MENULIS ESEI,MELUKIS POSTER DAN BUKU SKRAP,PPDa NEGERI JOHOR 2011  

Antara pertandingan yang dianjurkan ialah:
-Melukis poster
-Membuat buku skrap
-Menulis esei

Tapi untuk anak murid cikgu, hanya dibolehkan menyertai pertandingan melukis poster. Hanya itu saja yang terbuka untuk sekolah rendah, itupun bagi tahan 2 saja iaitu murid tahun 4-6..

Beikut adalah syarat-syarat bagi pertandingan melukis poster:

TEMA:
- SEKOLAH BEBAS DADAH 2011
-1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

SAIZ DAN UKURAN:
-37.4CM X  27CM (DRAWING BLOCK)

BAHAN MEDIA:
-PENSIL WARNA, KRAYON, WARNA AIR

Untuk makluman murid-murid semua, 3 poster  terbaik akan mewakili sekolah untuk di hantar ke PPD. PPD pula akan memilih 3 poster terbaik untuk dihantar ke JPNJ. Jadi, buat yang terbaik ya .. 
Cikgu yakin kamu semua boleh!  kalau sebelum ni sekolah kita johan poster hari tanpa tembakau, untuk kali ni pula mesti boleh johan lagi!!! yakin! 

Ini antara poster-poster dadah yang mungkin boleh bagi idea pada kamu. Tapi ingat, idea mesti original k








Read More...

CiKgU DaPaT HaDIAh..YeaaaaHHH


Ok..ok. tak mahu berlengah-lengah lagi.. cikgu umumkan cikgu dapat no 4 pertandingan mewarna 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA..hehehhe.

Isk, Nombor 4 daripada 15 pemenang ok lah tu kan?? hehhee.. apa pun yang penting cikgu sangat gembira...  Tak kira lah pertandingan mewarna pon..hehehehheee..alalaaaallaaaa (^_^)
Read More...

6.7.11

PrOGraM BacAAN YaSiN & SoLaT HaJAT MuriD TaHuN 6 UPSR 2011

  

Eh, gambar apa tu??? cuba teka......

Ha, betul! Gambar orang sedang solat. Pandainya.. hehehee (^_^)

Eh, cikgu belum bagi salam.. Asalamualaikum.. Ok, cikgu harap semua sihat2 belaka ya. Nampaknya hari yang ditunggu sudah tiba. Sekolah telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini. 

Program ini dilaksanakan pada  setiap hari jumaat bermula  8/7/2011( 6 Syaaban 1432 H) sehingga 9/9/2011 (11 Zulkaedah 1432 H)

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
-Bacaan Yasin dan solat hajat
-Motivasi / Tazkirah  

Bagi aktiviti motivasi / tazkirah pihak sekolah telah mengatur jadual yang mana beberapa guru terlibat dalam penyampaian motivasi / tazkirah ini secara berselang seli antaranya:

-Tuan Haj Ali b.Md Sani (Guru Besar)
-Pn. Satinah bt Mahmood (GPK 1)
-Pn. Hjh Zahara bt Md Noor  (GPK HEM)
-Tn. Hj Kadimin b Sugimin (GPK KOKO)
-En. Arshad b. Maidin (Guru)
-Cik.Norazizah bt A.Rahman (Guru BNK)

Read More...

5.7.11

ProGrAm GerAK GeMpuR UPSR 2011

Selamat pagi semua. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Amin...

Cikgu nak maklumkan mulai 4 Julai 2011 - 16 September 2011, sekolah akan melaksanakan jadual waktu baru bagi murid tahun 6. Jadual waktu ini diselaraskan untuk tujuan gerak gempur bagi calon-calon UPSR 2011. Moga dengan schadule baru ini dapatlah murid tahun 6 belajar dengan lebih baik. Gud Luck ya!
Read More...

1.7.11

MeRiaHnYa HaRi TerBuKa SeKoLaH. TeriMa KasiH KePaDa PeNJaGa YaNG Hadir.

Salam seisi alam. Bertemu kembali di blog comel cikgu ini ya. Hehehe..

Ok, hari ini 1hb Julai 2011 sekolah telah mengadakan HARI TERBUKA. Ibu/bapa/penjaga dijemput untuk hadir ke sekolah bertemu guru bagi membincangkan prestasi anak mereka. Cikgu turut membantu Cikgu Aisyah iaitu guru kelas 2B. Seronok sangat bila dapat berjumpa dengan ibu/bapa/penjaga ni tau. Lagi seronok bila mereka bertanya cara-cara nak tingkatkan prestasi dan mengatasi kelemahan anak-anak mereka. Cikgu boleh kongsi macam-macam. Cikgu ingat lagi seorang ayah tu kata kat cikgu gini:

"Cikgu, saya serahkan anak saya kat sekolah pada cikgu. Cikgu nak buat apa buatlah. Kalau cikgu rotan pon saya tak nak masuk campur. Ha, bila balik rumah itu urusan saya pula. Saya tak nak macam ibu bapa lain. Saya nak anak saya jadi orang."

Kalau lah semua ibu bapa begini...Kesimpulannya semua ibu/bapa/penjaga yang cikgu jumpa hari ni sangat mengambil berat akan akademik anak-anak mereka. Sebab??? sebab mereka banyak bertanya.. heheheheee

Ok lah cikgu mula nak melalut. Ha, jualan buku turut diadakan. Masa berjumpa dengan penjaga cikgu turut maklumkan tentang penjualan buku ni. Produk untuk minda turut dijual tau..

Mari lihat apa yang berlaku di sekolah cikgu hari ini (^_^)





Read More...