21.3.11

SeLaMaT MeNduDuKi UjiAn SeTaRa 1 2011

Cikgu ucapkan selamat menduduki ujian setara 1, 2011. Cikgu doakan moga semua murid SK Bandar Mas berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan. aminn.. Amalkan teknik belajar yang berkesan, teknik menulis peta ringkas dan menghafal dengan baik yaa.. gud luck murid cikgu semua (^_^)

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS
JADUAL WAKTU UJIAN SETARA 1, 2011 ( TAHUN 2 DAN 3)

HARI/TARIKH
WAKTU
PERKARA
MASA
HARI 1 (SELASA)
22 MAC 2011
07.40 – 08.30
10.10 – 11.25
11.45 – 12.45
Bahasa melayu - pemahaman
Bahasa melayu – penulisan
Pendidikan islam / moral
50 minit
1 jam 15 minit
1 jam
HARI 2 (RABU)
23 MAC 2011
08.15 - 09.30
10.10 – 11.25
Matematik - kertas 1
Sains
1 jam 15 minit
1 jam 15 minit
HARI 3 (KHAMIS)
24 MAC 2011
07.40 – 08.55
10.10 – 11.00
Bahasa inggeris – kertas 1
Bahasa inggeris – kertas 2
1 jam 15 minit
50 minit
1 jam 15 minit


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS
JADUAL WAKTU UJIAN SETARA 1, 2011 ( TAHUN 4 DAN 5)

HARI/TARIKH
WAKTU
PERKARA
MASA
HARI 1 (SELASA)
22 MAC 2011
07.40 – 08.30
08.45 – 10.00
10.40 – 11.20
11.45 – 12.45
Bahasa melayu – pemahaman
Bahasa melayu – penulisan
Matematik – kertas 2
Pendidikan islam / moral
50 minit
1 jam 15 minit
40 jam
1 jam
HARI 2 (RABU)
23 MAC 2011
08.15 – 09.30
12.00 – 12.50
Matematik – kertas 1
Pend sivik & kewarganegaraan
1 jam
50 minit
HARI 3 (KHAMIS)
24 MAC 2011
07.40 – 08.55
09.10 – 10.00
10.40 – 11.55
Sains
Bahasa inggeris – kertas 1
Bahasa inggeris – kertas 2
1 jam 15 minit
50 minit
1 jam 15 minit
HARI 4 (JUMAAT)
25 MAC 2011
08.30 – 9.30
10.30 – 11.30
Kajian tempatan
Kemahiran hidup
1 jam
1 jam


Read More...

14.3.11

BaNtUaN PakaiAN SeKoLaH

Pada 21 Feb 2011, di perhimpunan rasmi sekolah telah diadakan penyampaian bantuan pakaian sekolah kepada murid-murid yang layak. Bantuan diberikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Semoga murid-murid ini  lebih bersemangat dalam pelajaran. Maaf ye cikgu tak sempat nak ambik gambar sebab sibuk nak susun pakaian tu. Huhuhu..
Read More...

MaJLiS MaUliDur RaSuL

Pada 25 Feb 2011 telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pengisian diserikan dengan ceramah, bacaan berzanji, nasyid, dan jamuan kepada seluruh warga sekolah. Selama 2 hari guru-guru berkampung di sekolah bagi memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan baik. Ucapan tahniah kepada para guru terutama guru pendidikan islam dan  j-Qaf. Time tu cikgu dilantik sebagai AJK Persembahan. Seronok ngajar murid nasyid. Jom lihat:
Perasmian oleh Tuan Guru Besar
Alhamdulilla ramai murid yang merai sambutan ini
Guru-guru bekerjasama menyiapkan makanan murid
Read More...

LaRiAn PeRdaNa MaHkOTa

Pada 12 Feb 2011 telah diadakan larian perdana mahkota di seluruh sekolah dalam negeri johor. Larian diadakan serentak dengan melibatkan murid, guru, dan staff sekolah. Sijil turut diberikan kepada murid yang terlibat. Bersama "GAYA HIDUP SIHAT"
Suasana sebelum berlepas
Semangat murid SKBM
Read More...

MoDuL 5 MiNiT bEnCi ZiNA

Pada setiap hari rabu, sekolah cikgu ada perhimpunan unit beruniform. Cikgu mengambil kesempatan untuk bagi talk berkaitan "MODUL 5 MINIT BENCI ZINA". Em, modul ini sangat bagus kerana cikgu dapat bagi pendedahan lebih awal kepada murid-murid cikgu akan bahayanya zina. Laporan program modul 5 minit benci zina ini perlu dihantar setiap akhir bulan.
Bagi yang ingin mendownload :http://www.filestube.com/6VjE3chJBveg1JFsA9UOL8/Modul-5-Minit-Benci-Zina-Sekolah-Negeri-Johor%5B2%5D.html
Read More...

PeRLakSanaAn UjiAN SaRinGaN PerMaTa PiNtar UKM1

Untuk Pengetahuan semua, cikgu telah membuat saringan ujian permata pintar UKM 1 ini dari bulan Feb-Mach 2011. Cikgu memilih seramai 20 orang murid dari tahun 3 hingga tahun 6 untuk menduduki ujian saringan permata pintar ini di makmal komputer sekolah. Alhamdulillah ujian tersebut sudah berjaya dilepasi oleh murid-murid cikgu yang sememangnya cerdik belaka. Layarilah http://www.permatapintar.edu.my/ untuk perkongsian bersama
Read More...

12.3.11

kURSuS AsaS PeMbiMbiNg RaKaN SEbaYa (PRS)

Pada 9-10 Mac 2011 telah diadakan Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Air Dan Udara, Bandar Penawar, Desaru. Seramai 92 orang ahli PRS daripada 22 buah sekolah telah terlibat. Setiap sekolah perlu menghantar 4 orang ahli PRS. Tapi maaflah semua ya, cikgu tak sempat nak ambik gambar banyak coz bz sebagai fasi. ni ja yg sempat ambik. nt cikgu minta pada kamareman yang ambik tu ya. Mari kita lihat aktiviti yang menarik ini (^-^)
Penerangan Undang-Undang sepanjang kem
Kami PRS Cemerlang!
Antara LDK
Penuh disiplin ahli PRS kita menjamu selera
Haa..inilah tempat tidur ahli PRS.. selesa kan..

Antara Fasilitator yang terlibat..ramai lagi..
Inilah geng cikgu.. Pasukan Pak Lebai dan Mak Lebai (AJK Surau)
Perasmian Majlis Penutupan
Pemberian hadiah
Moga berjumpa lagi ya geng kecil cikgu (^_^)
Read More...

PeNyErAhaN BrOsUr SeKoLaH SeLamAT

Satu majlis penyerahan BROSUR POLISI SEKOLAH SELAMAT telah berjaya dilaksanakan. Sebanyak 9 polisi yang telah di permudahkan dalam bentuk brosur dan diberikan kepada setiap ketua darjah.
Upacara penyerahan brosur polisi sekolah selamat kepada setiap  ketua darjah
Read More...

NaSyid diDiKaN CikGu

Kalau semua nak tahu, cikgu suka bernasyid dan lagu berirama asli. Lihatlah anak murid cikgu ini.
Ini persembahan sempena maulidur rasul peringkat sekolah 2011
Ini juga persembahan nasyid maulidur rasul 2011-Jmeputan dari balai wanita
Diserikan dengan deklamasi sajak dan nasyid
Read More...

CeRaMaH & PaMeRaN daRi AADK KoTa TiNgGi, JoHor

Pada 5 mac 2011 telah diadakan satu ceramah dan pameran dadah oleh pihak AADK, Kota Tinggi Johor. Pelajar yang terlibat adalah murid tahun 4,5 dan 6. Ceramah tersebut sangat menarik minat murid kerana diselitkan banyak video dan slide show. Manakala bahan pameran pula jenis-jenis dadah yang boleh dilihat oleh murid. Semoga warga SKBM mendapat manfaat dari program ini.
Suka tengok bila murid kusyuk dengar ceramah
Ceramah dari pegawai AADK
Kuiz turut diadakan. Haaa..time ni sebanyak 13 soalan telah diajukan memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan dari murid SKBM. Sayang kamu semua :)
Ini adalah sudut pencegahan dadah dan sudut pameran yang dibuat oleh AADK
Pelbagai informasi boleh diperolehi
Antara bahan yang dipamer-Jenis-jenis dadah
Pameran yang sesak dengan murid-murid
Read More...

MiNgGu AnTi DaDaH

Pada 28 Februari sehingga 7 Mac 2011 telah diadakan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar SK Bandar Mas dan majlis penutupan pula pada 7 Mac 2011. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan berkat kerjasama yang diberikan oleh guru-guru SKBM. Terima kasih kepada semua dan bersama-sama kita laungkan "1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH".
Saat Majlis Perasmian
Tuan Guru Besar menandatangani banner 1 Malaysia Membanteras Dadah
Bacaan ikrar dadah oleh wakil murid
Guru Besar tulis "Warga SKBM benci dadah"
Inilah banneri Malaysia Membanteras Dadah tahun 2011
Ini waktu majlis penutupan.Antara aktivitinya Menulis esei,Melukis poster, mewarna, memotong huruf,melafaz sajak dan membaca pantun. Pada majlis penutupan ini turut ada persembahan sajak oleh wakil murid dan wakil guru.

Read More...

LaTiHaN KebaKaRaN

Haaaa... nak tahu tak. Sekolah cikgu baru saja didatangai oleh abang-abang bomba yang gagah perkasa. Pelbagai aksi ditunjukkan dalam latihan kebakaran tersebut. Mari kita saksikan bersama-sama..yeaaahhhh
Murid-murid kusyuk mendengar penerangan encik bomba
Tunjuk cara menyelamatkan mangsa
Penerangan sedang dibuat
Fuhhh.fuhh..cepat padam!
Akhirnya.....
Read More...

PeNYerAhAN MoDul MenTor MenTee

Pada 28 Februari 2011 telah diadakan majlis PENYERAHAN MODUL MENTOR MENTEE kepada wakil guru. Penyerahan mentee kepada mentor akan dilaksanakan dalam suatu majlis rasmi. Diharapkan dengan adanya modul ini dapatlah guru-guru SK Bandar Mas menjadikan ianya sebagai bahan rujukan dalam melaksanakan aktiviti mentor mentee sepanjang perjumpaan bulan March-September 2011.
Penyerahan Modul Mentor Mentee kepada wakil guru
Inilah dia Modul tersebut. Cikgu buat khas untuk SK Bandar Mas. Banyak aktiviti permentoran yang boleh dilaksanakan didalam modul ini.
Read More...

PeNuBuHaN KeLaB PEmbiMBiNg RaKaN SeBAya (PRS)

Logo Rasmi PRS SK.Bandar Mas

Tahun 2011 sangat bermakna buat cikgu kerana tahun 2011 ini buat pertama kalinya  telah tertubuhnya Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SK Bandar Mas. Kelab PRS telah didaftarkan di sekolah ini bermula pada 28 Februari 2011. Selepas ini saringan pemilihan ahli PRS akan dibuat. Semoga kelab ini dapat berfungsi dengan baik dan keberkesanan kelab ini dapat dilihat dan ditonjolkan. Aminn
Read More...

MaJLis PeRLanTiKaN PenGaWaS, KeTUa DaRjaH & Pen.KetUa DaRJaH

PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA DARJAH DAN PEN.KETUA DARJAH telah dibuat seawal bulan Januari 2011.
Majlis pelantikan dibuat pada perhimpunan rasmi
Pengawas yang dilantik
Penyerahan watikah perlantikan
Bacaan ikrar
Read More...

KuRsuS KePiMpiNaN PeNgAwAs FaSA 1

Pada 15 Januari 2011 telah diadakan KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1 2011. Seramai 51 orang pengawas telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.   Antara aktiviti ceramah Pemantapan Minda Pengawas Cemerlang, Taklimat Penerangan ringkas tentang tugasan mingguan / harian, Praktikal ucapan, doa dan ikrar. 
Taklimat tugasan mingguan / harian

Latihan doa dan ikrar
Rehat sambil menenangkan fikiran

Sesi latihan untuk pengawas wanita
Latihan membaca teks ucapan
Latihan menaikkan bendera
Read More...