6.7.11

PrOGraM BacAAN YaSiN & SoLaT HaJAT MuriD TaHuN 6 UPSR 2011

  

Eh, gambar apa tu??? cuba teka......

Ha, betul! Gambar orang sedang solat. Pandainya.. hehehee (^_^)

Eh, cikgu belum bagi salam.. Asalamualaikum.. Ok, cikgu harap semua sihat2 belaka ya. Nampaknya hari yang ditunggu sudah tiba. Sekolah telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini. 

Program ini dilaksanakan pada  setiap hari jumaat bermula  8/7/2011( 6 Syaaban 1432 H) sehingga 9/9/2011 (11 Zulkaedah 1432 H)

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
-Bacaan Yasin dan solat hajat
-Motivasi / Tazkirah  

Bagi aktiviti motivasi / tazkirah pihak sekolah telah mengatur jadual yang mana beberapa guru terlibat dalam penyampaian motivasi / tazkirah ini secara berselang seli antaranya:

-Tuan Haj Ali b.Md Sani (Guru Besar)
-Pn. Satinah bt Mahmood (GPK 1)
-Pn. Hjh Zahara bt Md Noor  (GPK HEM)
-Tn. Hj Kadimin b Sugimin (GPK KOKO)
-En. Arshad b. Maidin (Guru)
-Cik.Norazizah bt A.Rahman (Guru BNK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan