1.7.11

MeRiaHnYa HaRi TerBuKa SeKoLaH. TeriMa KasiH KePaDa PeNJaGa YaNG Hadir.

Salam seisi alam. Bertemu kembali di blog comel cikgu ini ya. Hehehe..

Ok, hari ini 1hb Julai 2011 sekolah telah mengadakan HARI TERBUKA. Ibu/bapa/penjaga dijemput untuk hadir ke sekolah bertemu guru bagi membincangkan prestasi anak mereka. Cikgu turut membantu Cikgu Aisyah iaitu guru kelas 2B. Seronok sangat bila dapat berjumpa dengan ibu/bapa/penjaga ni tau. Lagi seronok bila mereka bertanya cara-cara nak tingkatkan prestasi dan mengatasi kelemahan anak-anak mereka. Cikgu boleh kongsi macam-macam. Cikgu ingat lagi seorang ayah tu kata kat cikgu gini:

"Cikgu, saya serahkan anak saya kat sekolah pada cikgu. Cikgu nak buat apa buatlah. Kalau cikgu rotan pon saya tak nak masuk campur. Ha, bila balik rumah itu urusan saya pula. Saya tak nak macam ibu bapa lain. Saya nak anak saya jadi orang."

Kalau lah semua ibu bapa begini...Kesimpulannya semua ibu/bapa/penjaga yang cikgu jumpa hari ni sangat mengambil berat akan akademik anak-anak mereka. Sebab??? sebab mereka banyak bertanya.. heheheheee

Ok lah cikgu mula nak melalut. Ha, jualan buku turut diadakan. Masa berjumpa dengan penjaga cikgu turut maklumkan tentang penjualan buku ni. Produk untuk minda turut dijual tau..

Mari lihat apa yang berlaku di sekolah cikgu hari ini (^_^)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan